Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Ram Singh Beri Khidmat Percuma, Tertuduh Bukan Anak VVIP

Ram Singh Beri Khidmat Percuma

Peguam mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak tampil menafikan dakwaan bahawa tertuduh adalah anak daripada golongan ternama (VVIP).

Datuk Ram Singh yang mengetuai pasukan guaman menjelaskan, pembelaan yang dijalankan adalah secara pro bono tanpa sebarang bayaran daripada keluarga remaja terbabit.

“Saya sedih dan sebagai bapa, memandangkan mereka masih kanak-kanak. Sebab itu saya lakukan secara pro bono bersama peguam lain.
“Saya bersama peguam lain wakili mereka dan mereka bukan terdiri daripada anak VVIP,” katanya ketika ditemui sebelum prosiding pertuduhan terhadap lima remaja itu berlangsung di Mahkamah Kanak-Kanak, di sini pada Rabu.

Ram Singh Beri Khidmat Percuma

Pasukan guaman Ram turut disertai dua lagi peguam iaitu Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan.

Dalam prosiding berkenaan, mahkamah turut mengeluarkan perintah larangan (gag order) bagi melindungi identiti lima remaja yang dituduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, peguam Hamid Ismail yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina menjelaskan pihaknya tidak dibenarkan mengulas lanjut mengenai prosiding berikutan wujudnya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kami memohon maaf, kalau perkara lain kami boleh jawab tetapi untuk prosiding hari ini kami tidak dibenarkan kerana adanya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 dan juga gag order.
“Gag order hanya untuk kes ini sahaja, tetapi inkues tidak ada dan boleh dibuat liputan,” katanya yang hadir sebagai pemerhati dalam kes tersebut.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Datuk Ram Singh Peguambela Salah Seorang Remaja Didakwa

Hamid turut menekankan bahawa orang ramai tidak seharusnya menyalah tafsir peruntukan undang-undang itu sebagai melibatkan pengaruh pihak tertentu.

“Bagi kanak-kanak, banyak perkara yang tidak boleh didedahkan kerana wujudnya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 yang menghalang penyiaran mengenai kanak-kanak, sama ada melalui tempat tinggalnya, nama atau ibu bapanya.
“Secara ringkas, melalui seksyen ini identiti kanak-kanak adalah dirahsiakan, tidak boleh didedahkan sama ada dalam tempoh perbicaraan atau semasa siasatan.
“Bukannya sebab VVIP atau disuruh sesiapa. Tidak, itu adalah undang-undang Malaysia. Jadi jangan salah sangka ia permainan ‘orang atas’. Tidak,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika...

Nasional

Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada...

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Sosial

Doa seorang sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki, menjadi nyata apabila tular video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd