Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Rajin Solat Berjemaah, Andalusia Travel Taja Anak Muda Kelantan Tunai Umrah

Kumpulan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia Travel), taja pakej umrah percuma kepada 200 anak muda yang tunai solat berjemaah selama sebulan di Masjid Imanul Fa’izin, Kampung Padang Kala dekat Kota Bharu, Kelantan.

Memetik laporan Kosmo, Pengerusi Masjid Imanul Fa’izin, Leftenan Kolenal Bersekutu Pertahanan Awam, Nik Saiful Adli Burhan berkata Program Umrah Percuma Anak Kelantan ini bertujuan menarik minat golongan muda untuk mengimarahkan masjid dan mendirikan solat secara berjemaah.

Andalusia Travel taja anak muda Kelantan tunai Umrah

Foto: Kosmo! Online

“Syarat penyertaan adalah mereka yang berumur 20 hingga 35 tahun, belum berkahwin dan belum pernah sampai ke Tanah Suci Mekah.
“Syarat lain juga mereka perlu solat subuh, maghrib dan isyak berjemaah di masjid selama 30 hari bermula 10 November lalu. Mereka ini juga kena ‘thumb print’ sebagai bukti kehadiran,” katanya.

Katanya, siri pertama melibatkan 78 orang anak muda dan kesemua mereka bakal mengerjakan umrah pada awal Januari tahun hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: MOTAC Sokong Dasar TVET, Bangun Bakat Rakyat Dalam Sektor Pelancongan

“Selepas berjaya, kita akan buka lagi permohonan untuk anak muda lain dan membuat tapisan sehingga mencapai jumlah keseluruhan seramai 200 orang,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang peserta terpilih, Nik Amir Khairi Kamarul Balkiah berkata dia sangat bersyukur dan berbesar hati kerana ditaja sepenuhnya untuk mengerjakan umrah.

Foto: Berita Harian

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak masjid dan Andalusia Travel kerana memberi peluang kepada saya untuk mengerjakan ibadah umrah nanti.
“Saya percaya dalam tempoh 30 hari ini, banyak manfaat diperolehi terutama istiqamah menunaikan solat berjemaah di masjid. Program 30 hari ini berjaya melatih diri kita untuk menghadapi suasana ketika menunaikan haji dan umrah,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd