Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pusat Tuisyen Online Stara Rancang Tubuh ‘Stara Care’ Bantu Golongan Susah

Pusat Tuisyen Online Stara rancang tubuh ‘Stara Care’ bantu golongan susah selepas berjaya membantu lebih 25,000 pelajar sekolah rendah di seluruh Malaysia sejak ditubuhkan pada 2020.

Pengasasnya, Nurul Atieka Mohamad Zahari menyatakan bahawa dorongan keluarga merupakan kekuatan utama dalam menubuhkan pusat tuisyen berkenaan.

Tuisyen Online Stara Rancang

Walaupun tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang pendidik, beliau percaya bahawa pendidikan yang baik dapat mengubah kehidupan seseorang dan memberi peluang untuk berjaya.

“Saya tiada latar belakang sebagai pendidik, namun dari kecil saya telah diterapkan dengan pendirian bahawa hanya dengan pendidikan yang bagus dapat mengubah kehidupan seseorang. Dengan pendidikan kita boleh jadi apa sahaja yang kita mahu.
“Menjadi tanggung jawab saya untuk membantu para pelajar minat belajar dan fokus lebih-lebih lagi bagi subjek utama” katanya sewaktu melancarkan Majlis Anugerah Cemerlang Stara di.

Stara Beri Tumpuan Kepada Lima Subjek Teras

Difahamkan, fokus utama Stara adalah pengajaran kepada pelajar sekolah rendah dengan tujuan utama adalah untuk membina asas pendidikan yang kukuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, pusat tuisyen berkenaan lebih menumpukan kepada lima subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Pendidikan Islam.

Teknik pengajaran yang digunakan pula berbentuk visual dengan menggunakan gambar dan video bagi menerangkan konsep-konsep penting supaya dapat menarik minat pelajar yang sukar memberi tumpuan.

Tuisyen Online Stara Rancang

Tuisyen Online Stara Rancang Tubuh ‘Stara Care’

Tahun ini, Stara telah mencatatkan 3,000 pelajar di seluruh Malaysia dan merancang untuk menubuhkan ‘Stara Care’ pada tahun hadapan sebagai salah satu program CSR bagi membantu lebih ramai pelajar yang kurang bernasib baik.

Selain itu, Stara turut merancang siri kem untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi dan menguasai subjek seperti Matematik dan Sains menjelang 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar pula, Stara telah menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang, yang memberi anugerah bukan sahaja berdasarkan pencapaian akademik, tetapi juga sahsiah yang terpuji.

Pada majlis pertama ini, Anugerah Bintang Stara telah diberikan kepada Uwais Ashraf Abdul Rahman dan Qaseh Raudhah Mohd Azhar atas semangat serta kecemerlangan yang ditunjukkan oleh mereka.

Tuisyen Online Stara Rancang

Pakej Kelas Stara Tawarkan

Sekadar info, Stara menawarkan tiga pakej kelas pembelajaran, iaitu EliteVIP, dan Premier, yang menyediakan 20 sesi kelas sebulan bagi memenuhi keperluan murid pada pelbagai tahap pembelajaran dengan harga bermula RM149 sehingga RM299.

Tuisyen Online Stara Rancang

Foto: KL HYPE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tuisyen Percuma: MINDEF Sasar Kecemerlangan Anak Anggota Tentera Dalam SPM

Jadi, ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke sana boleh menghubungi pihak Stara melalui laman Facebook rasmi atau hubungi 0182244357 untuk pertanyaan.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd