Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Individu Dakwa Program eHati Ada Upacara Syirik, Peserta Wanita Diminta Tanggal Pakaian

Program eHati didakwa ada unsur syirik

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan berbentuk satu ajaran sesat.

Program eHati didakwa ada unsur syirik

Program eHati didakwa ada unsur syirik

Menurut perkongsian yang dibuat oleh Masyitah Ashari itu mendedahkan kejadian berlaku pada tahun lalu yang dikelolakan oleh Pengasas eHati iaitu Diyana Tahir pada 27 hingga 30 September 2024 bertempat di Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC).

Program eHati didakwa ada unsur syirik

“Isu kontroversi muncul pada hari terakhir 30/9/24 dewan IDCC Shah Alam untuk Sesi Queen Session. Perjumpaan peserta wanita sahaja dalam dewan lebih kurang 50 peserta.
“Malam tu para peserta memang teruja untuk hadir ke kelas khas tersebut. Bila peserta masuk dewan, set up pun dah berbeza, suasana malap dan diiringi musik romantis. Setelah itu, beberapa orang Cleopatra (level tinggi dalam eHati) yang jadi fasi dalam program itu mula masuk ke dewan.
“Tak lama kemudian, Diyana Tahir masuk ke dewan, malam tu dia tidak bertudung dan berpakaian seksi berbikini. Peserta mula berasa pelik, kenapa macam ni sekali? Ada peserta yang mula beristighfar mereka tergamam. Program apa dah ni? Kenapa berpakaian seksi macam tu,” kata Masyitah dalam kenyataan, hari ini.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut memberitahu Diyana nekad berbogel bulat dan menari seperti di kelab malam sebelum memberikan segelas minuman yang tidak diketahui kandungannya sehingga membuatkan peserta yang hadir menjadi ghairah dan mudah terangsang.
Program eHati didakwa ada unsur syirik
“Diyana Tahir dengan berani tanggalkan pakaian dia dan menari-nari bersama ahli Cleo. Dah macam dalam kelab malam. Masa ni memang ramai peserta yang mula rasa pelik dan seram sejuk.
“Diyana ada cakap, “sebelum mula sesi next, nak bagi minum air dulu”. Itulah air Piya yang rasa coklat blend dengan pisang. Dia cakap air ni boleh buatkan kita rasa tenang, dia suruh niat benda-benda positif semasa nak minum.
“Lepas 15 minit peserta minum air tu, mood tiba-tiba berubah. Dari rasa takut tadi, tiba rasa berani yang luar biasa, ghairah tu yang membuak-buak. Ada beberapa Cleo yang datang ajak menari sekali, diorang memang menari dengan tarian seksi yang menghairahkan sambil bercomolot menjilat-jilat lidah antara satu sama lain,” dedahnya.
Dalam pada itu, Masyitah turut memberitahu peserta diarahkan melakukan upacara sacred bath (mandi suci) dan rebirth (lahir semula) yang berbentuk seperti ritual keagamaan. Amalan dipercayai hampir sama dengan agama Pagan dan Buddha. Inilah racun ajaran New Age Movement.
“Diyana Tahir mula memperkenalkan seorang model yang juga berbogel di hadapan peserta untuk memulakan satu sesi Rebirth (lahir semula). Untuk sesi tu biasanya dibuat dalam tab mandi tapi oleh kerana dewan IDCC sukar untuk menyediakan tab mandi maka Diyana memulakan upacara Rebirth dengan “Sacred Bath” mandi suci dengan mengelap guna tuala basah sahaja.
“Diyana membuat demo terlebih dahulu dengan membaringkan model tersebut lalu dimandikan dengan cara lapkan tuala basah ke badan dari hujung rambut ke hujung kaki. Lepas itu tutup model seperti mayat dan tak lama kemudian dibuka semula, itulah Rebirth.
“Siapa yang melakukan upacara ini ia dikira lahir semula dan diri telah menjadi suci yang bersih daripada segala energi buruk dalam badan.
“Setelah itu, dipecahkan peserta setiap kumpulan kepada 3 orang, seorang yang akan dimandikan dan dua orang lagi akan duduk sebelah menyebelah sambil mengelap badan dengan tuala suam yang mana Diyana Tahir telah membuat demonstrasi sebelum itu. Program pada hari tu berakhir dengan upacara rebirth ini,” tambahnya lagi.

Difahamkan, program ini dilakukan di Shah Alam dan tidak jauh dari bangunan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor namun sehingga kini masih belum ada tindakan diambil biarpun aduan suda dibuat.
Sumber: Facebook Masyitah Ashari

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd