Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Piala AFF Diiktiraf FIFA? Netizen Menanti Reaksi TMJ & ‘Pemain Bukan Mesin’

Piala terbaik Asia Tenggara iaitu Piala AFF berpeluang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebagai kejohanan rasmi.

Khabar baik itu dimaklumkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino apabila beliau berhasrat membantu Piala AFF menjadi sebahagian daripada kejohanan rasmi badan induk bola sepak dunia tersebut.

“Piala AFF perlu dinaiktaraf kepada kejohanna rasmi FIFA. Kita mesti memastikan kejohanan ini berkembang dengan lebih baik,”ujarnya.

Piala AFF setanding FIFA, aksi perlawanan penting

Jelasnya, Piala AFF berpotensi besar menjadi sebahagian daripada kejohanan yang dihormati dan berkembang pesat berdasarkan populasi dan capaian penyokong yang tinggi.

Tambahnya, kejohanan dwitahunan itu dianggap sebagai pertandingan penting bagi lebih 650 juta penduduk di rantai Asia Tenggara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semua rakyat ASEAN sangat menyukai bola sepak.
“Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, negara-negara ASEAN meminati bola sepak dan membuat pencapaian dalam bola sepak lelaki dan wanita,” katanya lagi.

Peluang besar kepada ASEAN peroleh banyak mata ranking

Beliau berkata, sekiranya Piala AFF memperoleh pengiktirafan, maka ia bakal memberi kelebihan kepada negara-negara bertanding untuk memperoleh lebih banyak mata ranking FIFA.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF di Stadium Thammasat ketika pasukan Thailand menentang Vietnam pada Isnin lalu.

Dalam aksi tersebut, Thailand berjaya membenamkan hasrat Vietnam untuk muncul juara atas satu jaringan kapten pasukan, Thee­rathon Bunmathan pada minit ke-24, dengan agregat 3-2.

Kongsi berita baik..

Berita baik berkenaan juga dikongsi menerusi laman Twitter sehingga mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet terutama peminat bola sepak tanah air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ramai menanti reaksi Tunku Ismail

Ciapan tersebut mendapat perhatian ramai di mana mereka tidak sabar melihat reaksi dan kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pemilik kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT)  iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mana tidaknya, Tunku Ismail sebelum ini pernah menyifatkan Piala AFF adalah piala yang menganggu pemain dan jadual pertandingan. Bahkan, turut menegaskan para pemain juga adalah manusia biasa dan bukan ‘mesin’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tunku Ismail berkata demikian ketika mempertahankan tindakan pemain JDT menolak panggilan skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada 21 Disember lalu.

Jika benar Piala AFF bakal dinaiktaraf, mungkin inilah cara terbaik buat semua pasukan bola sepak di Asia Tenggara menggilat bakat dan tunjuk kepada dunia kebolehan yang ada.

Atau mungkin ini hanyalah ‘omongon’ kosong mahu menyedapkan hati semua rakyat Asia memandangakan sesi pemilihan jawatan Presiden FIFA bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sumber: Twitter @zulhelmizainal1, Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd