Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Petron Malaysia Rekod Untung RM81.03 Juta, Lebih Besar Pada Suku Pertama

Petron Malaysia rekod untung RM81.03 juta

Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (Petron Malaysia) merekodkan keuntungan bersih lebih besar sebanyak RM81.03 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM69.71 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Petron Malaysia rekod untung RM81.03 juta

Petron Malaysia rekod untung RM81.03 juta

Foto: The Edge Malaysia

Menurut laporan Berita Harian, keuntungan bersih lebih tinggi itu disebabkan oleh pengeluaran dan kecekapan yang lebih bagus di kilang penapisan Port Dickson, strategi lindung nilai yang mengukuh dan penyumberan yang berkesan dari segi kos daripada Petron Singapore Trading Pte Ltd.

Namun, perolehan berkurang kepada RM3.67 bilion pada suku pertama 2025 berbanding RM4.65 bilion dalam tempoh sama tahun lalu ekoran jumlah jualan dan harga yang menurun.

“Walaupun perolehan menyusut, kadar keuntungan kasar meningkat kepada 4.5 peratus daripada 3.9 peratus tahun lepas berikutan kesan penurunan margin penapisan telah dikurangkan melalui pelbagai kecekapan proses yang dilaksanakan di seluruh syarikat.
“Ini menjadikan tempoh kewangan berkenaan ditutup dengan pendapatan operasi sebanyak RM115.34 juta,” kata Petron kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Dalam kenyataan lain, Petron Malaysia memaklumkan jumlah jualan merudum jatuh enam peratus kepada 9.2 juta tong, berikutan pelarasan permintaan terhadap produk diesel selepas pelaksanaan subsidi bersasar.

Selain itu, eksport juga dilihat turut merosot berpunca daripada pengeluaran hasil sampingan Low Sulfur Waxy Residue (LSWR) dan Naphtha yang lebih sedikit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Petron Malaysia rekod untung RM81.03 juta

Foto: Petron Malaysia

“Sementara itu, harga penanda aras minyak mentah Dated Brent berpurata pada AS$76 setong, iaitu sembilan peratus lebih rendah berbanding purata AS$83 setong pada tahun lalu.
“Perkara ini berpunca daripada tindak balas pasaran terhadap ketegangan tarif perdagangan yang sedang berterusan serta jangkaan peningkatan pengeluaran daripada negara-negara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleun dan sekutu (OPEC+).
“Biarpun menghadapi jumlah jualan dan harga yang lebih rendah disertai dengan ‘crack’ penapisan serantau yang mengecil, Petron berjaya meraih pendapatan berjumlah RM3.7 bilion dengan mencatatkan untung kasar RM166 juta dan pendapatan operasi sebanyak RM115 juta,” jelasnya.

Pengerusi Petron, Ramon S Ang, memberitahu pihaknya berbangga untuk memulakan tahun 2025 dengan prestasi perniagaan yang dianggap jauh lebih kukuh.

“Walaupun berdepan dengan cabaran luaran, kecekapan operasi, pengurusan sumber secara berhemah, serta penekanan kepada peluang-peluang yang dapat memberikan pulangan yang tinggi telah menyumbang kepada peningkatan nilai dan pertumbuhan kepada syarikat.
“Kami kekal yakin terhadap prospek negara dan komited dalam menghasilkan prestasi yang mampan kepada semua pihak berkepentingan,” katanya.

Artikel lain: Harga Minyak Rekod Penurunan, Didorong Rundingan Nuklear AS-Iran

Untuk rekod, terdapat beberapa stesen minyak yang baharu telah dibuka dan Stesen Petron Mambau Arah Utara di Negeri Sembilan menjadi stesen minyak Petron pertama diiktiraf GreenRE Kategori Perak kerana memenuhi piawaian kelestarian ‘Green Building’.

Sumber: Berita Harian (Hazwan Faisal Mohamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd