Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pernas Labur RM62 Juta, Tambah Cawangan Gloria Jean’s Coffee & 1901 Frankfurter

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) dan syarikat milik penuh Pernas, Malaysia International Franchise Sdn Bhd akan melabur RM62 juta bagi pengembangan Gloria Jean’s Coffee dan 1901 Frankfurter.

50 cawangan Gloria Jean’s Coffee ditambah, 100 buah 1901 Frankfurter

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, usaha itu bagi menambah 50 cawangan Gloria Jean’s Coffee dan 100 buah cawangan 1901 Frankfurter pada tahun ini sehingga 2029.

Beliau berkata, unjuran pulangan jualan (masing-masing) sebanyak RM1.8 juta setahun bagi Gloria Jeans’s Coffee dan RM600,000 setahun untuk 1901 Frankfurter.

Ia secara tidak langsung bakal mencipta sehingga 900 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini adalah selaras dengan Dasar Pembangunan Usahawan Francais Nasional 2030 (D-PUF 2030) yang kini sedang dimuktamadkan untuk memastikan ekosistem keusahawanan francais di negara ini berkembang dengan lebih teratur dan berstruktur.
“Sekali gus membuka lebih banyak peluang dan meningkatkan potensi keusahawanan di Malaysia, dengan nilai sasaran jualan francais sebanyak RM100 bilion menjelang 2030,”ujarnya.

Gloria Jean's Coffee

Beliau juga berharap ia akan menjadi titik tolak yang penting dalam mencetuskan minat masyarakat terhadap keusahawanan francais.

Malah, menyumbang ke arah pencapaian aspirasi kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan dan ekonomi negara.

“Dengan memperkenalkan model keusahawanan yang berkesan, lebih ramai individu akan menceburi bidang keusahawanan, seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi dan penciptaan peluang pekerjaan,”katanya ketika melancarkan premis ‘flagship’ 1901 Frankfurter dan Gloria Jean’s Coffee di Menara Pernas disini, hari ini.

Gloria Jean's Coffee

Maklumnya lagi, ia juga sesuai dengan aspirasi kerajaan MADANI untuk mewujudkan masyarakat yang lebih sejahtera dan ekonomi yang lebih inklusif.

Beliau juga yakin, Gloria Jean’s Coffee dan 1901 Frankfurters akan menjadi contoh dan inspirasi bagi usahawan tempatan untuk menggembangkan perniagaan mereka, bukan hanya di Malaysia tetapi juga ke pasaran global.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi pelan strategik tersebut, MyFranchise akan membina ekosistem keusahawanan menyeluruh meliputi antaranya penambahbaikan rantaian bekalan, logistik, pemerkasaan pemasaran dan rangkaian bahan mentah.

Gloria Jean's Coffee

Artikel lain: AIM Catat Peratus Bayaran Balik Pinjaman Terbaik Pada Kadar 99.91% – KUSKOP

Difahamkan, unjuran kos pembukaan sebuah ‘Flagship Store’ Gloria Jean’s Coffee adalah RM1 juta dan dijangka mencipta sebanyak 500 peluang pekerjaan.

Sementara itu, unjuran kos pembukaan sebuah ‘Flagship Store’ 19101 Frankfurters adalah RM120 ribu dan bakal mencipta sebanyak 400 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gloria Jean's Coffee

Turut hadir, Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk R Ramanan; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP,Datuk Haji Zamri Salleh; Pengerusi Pernas,  Datuk Hazimah Zainuddin; Ketua Pegawai Eksekutif MyFranchise,  Ahmad Jeoffrey Aladib.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd