Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Perlawanan Baru Berjalan 5 Minit, Rumput Padang SNBJ Sudah Rosak

Tidak sampai 5 minit waktu perlawanan, rumput padang SNBJ sudah terkoyak sewaktu perlawanan antara Malaysia dengan India dalam temasya Pesta Bola Merdeka.

Padang rosak, kualiti rumput dipersoal

Memetik laporan dari Harian Metro, dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan, padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah kelihatan rosak sehingga menjadi persoalan tentang kualiti rumput yang digunakan.

Perkara tersebut turut dinyatakan oleh pengendali pasukan India, Igor Stimac menerusi Sinar Harian apabila seakan menyalahkan kondisi padang sehingga corak permainan kedua-dua pasukan mengalami perubahan.

“Namun, saya tetap perlu memuji pemain saya yang beraksi dengan baik walaupun berdepan keadaan padang tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan pada Jumaat.

Kredit foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

‘Sifat kurang sabar punca’ padang SNBJ rosak

Susulan daripada itu, pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah mendedahkan di media sosial baginda berkenaan ‘sifat kurang sabar’ menjadi punca padang SNBJ rosak.

Ujar TMJ, padang tersebut seharusnya diberi masa sekitar dua tiga bulan lagi sebelum digunakan memandangkan akar rumput masih belum kuat.

“Padang itu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Seperti padang Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi national team nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ini kontraktor yang sama buat padang JDT.
“Semalam semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat. Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok semasa perlawanan,” jelas baginda.

Pemain betulkan sendiri rumput padang SNBJ

Perkara tersebut terbukti apabila dapat dilihat secara jelas sewaktu siaran langsung perlawanan keadaan padang yang agak teruk selepas rumput tercabut sehingga terpaksa dibetulkan oleh pemain sendiri.

TMJ turut menyatakan di akhir kenyataannya untuk memberitahu lebih awal jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menggunakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk perlawanan selanjutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“This is the proven product. Dah terbukti. Tetapi kena jaga betul betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama. Beza dia di SNBJ tak ada TMJ di situ, itu aja. Football Association of Malaysia kalau nak pakai SSI cakap saya siapkan,” tulis TMJ.

Kredit foto: Harian Metro

Terdahulu, pasukan Malaysia berjaya menjinakkan pasukan India dengan 4 gol berbalas 2.

Kemenangan itu pastinya membuat rakyat Malaysia begitu gembira namun kejayaan tersebut sedikit tercalar apabila melihat kondisi padang yang agak membimbangkan walaupun baru sahaja majlis penyerahan dilakukan kelmarin.

Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar), Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly) Facebook HRH Crown Prince of Johor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Sosial

“Kami tunggu 10 tahun untuk dapat anak perempuan… tapi kini dia sudah tiada.” Itu luahan sayu Norazian Mohd Joned, 38, isteri kepada Koperal Amiruddin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd