Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

IDC Capital & MPV Capitals Perkenal Program Inovatif I-Asset Trust, Tawar Faedah Tanpa Tandingan

Perkenal Program Inovatif I-Asset Trust

.Program inovatif I-Asset Trust telah diperkenalkan IDC Capital Sdn Bhd dengan kerjasama MPV Capitals pada majlis gala prapelancaran di Petaling Jaya, semalam.

Ia adalah penting bagi penyelesaian pelaburan yang inovatif dan selamat yang direka untuk mengurus dan memperuntukkan aset kewangan dengan cekap.

Perkenal Program Inovatif I-Asset Trust

Program I-Asset Trust adalah sebuah produk kewangan penemuan baharu yang menyediakan pilihan pelaburan yang teguh dan selamat untuk pelanggan.

Malah, ia juga disokong oleh aset gabungan ketara dan tidak ketara bagi memastikan pengagihan dana pantas kepada penerima yang ditetapkan dalam kecemasan atau kejadian tidak dijangka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Inisiatif ini bertujuan untuk menawarkan faedah yang tiada tandingan kepada pelabur, menekankan kedua-dua pertumbuhan dan keselamatan,”menurut kenyataan.

Perkenal Program Inovatif I-Asset Trust

Kedua-dua organisasi ini bekerjasama dalam membangun dan mempromosikan program I-Asset Trust untuk menyampaikan produk pelaburan yang unggul.

Ia adalah penting bagi memastikan program berkenaan memenuhi piawaian tertinggi pematuhan peraturan dan integriti kewangan.

Pengurus Besar Unity Trust Berhad, See Kok Loong berkata, peranan syarikatnya adalah penting sebagai pemegang amanah bebas.

Selain komited dalam menyediakan perkhidmatan pemegang amanah diperibadikan dan berdedikasi secara ekslusif kepada pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kebebasan ini memastikan tahap kredibiliti dan kepercayaan tertinggi dalam menguruskan aset pelanggan,”katanya.

Perkenal Program Inovatif I-Asset Trust

IDC Capital dan MPV Capitals juga menegaskan komited mereka terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan.

Turut hadir bersama Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Iskandar Mohd Nuli; Pengasas dan Pengarah MPV Capitals, David Hew Chee Seng.

Artikel lain: Saham Astro Catat Kemerosotan Ke Paras Terendah Baharu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Kadangkala, perkara yang kecil boleh menimbulkan isu besar jika tidak ditangani dengan wajar. Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri, Anita dan Alvin, apabila...

Sosial

Kisah penuh sebak kembali tular apabila seorang gadis, Mirzahiraa, membawa kedua ibu bapanya bertemu pak cik Grab (pemandu e-hailing) yang pernah membantunya mendapatkan rawatan...

Sosial

Seramai 163 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Jitra terpaksa dipindahkan selepas berlaku banjir kilat secara mengejut di kawasan sekolah itu pagi tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd