Seorang penuntut universiti yang ditahan kerana disyaki menghina Islam di media sosial dengan memuat naik gambar memijak al-Quran dijangka didakwa dalam masa terdekat, menurut sumber.
Penuntut didakwa dalam masa terdekat
Menurut laporan FMT, difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil keterangan lelaki itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada Jumaat lalu bagi melengkapkan siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Foto: Media sosial
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman memaklumkan kertas siasatan kes itu dijangka dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara hari ini untuk arahan lanjut selaras Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
“Setakat ini, 62 laporan polis telah diterima dari seluruh negara berkaitan isu penularan foto tersebut dan 43 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Foto arkib: Utusan
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Pada 25 Februari lalu, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat dalam penghinaan terhadap Islam menerusi media sosial.

Foto: Media sosial
Terdahulu, tular di media sosial gambar memaparkan suspek disyaki memijak al-Quran bersama tangkap layar hantaran yang didakwa dimuat naik oleh penuntut UMPSA berkenaan.
Artikel lain: Direman 4 Hari! Penuntut Disyaki Hina Islam, Pijak Al-Quran Mohon Maaf

Foto: Media sosial
Malah, Ketua Polis Kuantan, Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, tempoh reman lelaki berusia 21 tahun itu disambung tiga hari lagi sehingga 3 Mac ini, susulan arahan timbalan pendakwa raya supaya beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan.
Sumber: FMT








































