Seorang pengawal keselamatan warga Nepal, Arman Shah, 33, dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan berasingan di Mahkamah Shah Alam.
Pengawal keselamatan tiada permit sah
Menurut laporan Sinar Harian, pertuduhan pertama berkaitan tindakan Arman berpakaian separuh bogel di hadapan seorang lelaki berusia 33 tahun di tingkat empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, Seksyen 31, pada 12.30 tengah malam, 15 November lalu.

Foto: Sinar Harian
Kesalahan ini dibuat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan bagi kesalahan ini.
Bagi pertuduhan kedua, Arman didapati memasuki Malaysia tanpa dokumen sah, mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Artikel lain: Juruteknik Didakwa 52 Pertuduhan Sumbang Mahram, Amang Seksual Dan Rakam Gambar Privasi Anak
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara tiga bulan dijalankan berasingan daripada pertuduhan pertama.
Selain itu, di Mahkamah Sesyen, Arman turut mengaku bersalah atas pertuduhan mendera seekor kucing secara kejam di lokasi dan masa sama di bawah Seskyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Hukuman bagi pertuduhan ini akan ditentukan pada 8 Disember depan ketiika fakta kes dibentangkan.
Kesalahan ini boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.
Arman yang tidak diwakili peguam ketika prosiding merayu agar hukuman dikenakan minimum.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Ariz Zainal Alam dan Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin mencadangkan hukuman lebih berat sebagai pengajaran.
Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)







































