Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pengasas Syarikat Pemilik TikTok Jadi Individu Terkaya China

Pengasas syarikat pemilik aplikasi TikTok, ByteDance, Zhang Yiming kini jadi individu terkaya di China dengan nilai kekayaan peribadi sebanyak AS$49.3 bilion (RM235.4 bilion).

Memetik laporan Reuters, Zhang meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif ByteDance pada tahun 2021 dan menjadi indivud ke-18 yang dinobatkan sebagai orang terkaya di China dalam tempoh 26 tahun sejak Senarai Orang Kaya Hurun China pertama kali diterbitkan.

Pengasas syarikat pemilik TikTok jadi individu terkaya China

Pemilik TikTok Jadi Individu Terkaya China

Beliau mengatasi magnat air botol Zhong Shanshan, yang jatuh ke tempat kedua apabila kekayaannya merosot 24% kepada $47.9 bilion.

Walaupun menghadapi pertikaian undang-undang mengenai asetnya di AS, hasil global ByteDance meningkat 30% tahun lalu kepada $110 bilion yang membantu melonjakkan kekayaan peribadi Zhang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sorok Kehamilan, Pelajar Malaysia Bunuh Dan Sumbat Bayi Dalam Kotak Bijirin

Di tempat ketiga dalam senarai itu adalah pengasas Tencent yang berprofil rendah, Pony Ma, manakala Colin Huang, pengasas PDD Holdings, jatuh ke tempat keempat daripada tempat ketiga tahun lalu, walaupun platform e-dagang berfokuskan diskaun syarikatnya, Pinduoduo dan Temu, terus menunjukkan pertumbuhan hasil yang sihat.

Sekadar info, ByteDance merupakan syarikat pemilik kepada aplikasi terkenal iaitu TikTok yang memiliki sekitar 1.04 bilion pengguna di seluruh dunia setakat tahun ini.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Nasional

Barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran lebih peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku, tekanan emosi dan gejala kemurungan dalam kalangan warga pasukan. Menurut...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia maut selepas disengat obor-obor ketika mandi di Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu lalu. Memetik laporan daripada Harian Metro, mangsa,...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd