Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

15 Tahun Menanti Rumah, Penduduk Jinjang Selatan Tambahan Dakwa Hanya Dapat Pampasan RM5,000

Isu pampasan hanya RM5,000 kepada penduduk Jinjang Selatan Tambahan terus dipertikai selepas lebih 15 tahun penantian tanpa sebarang rumah gantian dijanjikan.

Penduduk Jinjang Selatan dapat pampasan RM5000

Menurut laporan Free Malaysia Today, seorang wakil penduduk, Ameer, berkata nilai pampasan itu jauh daripada sepadan dengan harga semasa premis, sedangkan tanah seluas 96 ekar telah diberikan kepada pemaju projek.

“DBKL bagi pemaju tanah seluas 96 ekar, tapi penduduk hanya dapat pampasan RM5,000. Rumah pula langsung tak nampak, papan pun tak dipaku walaupun dah tunggu 15 tahun,” katanya.
Penduduk Jinjang Selatan

Foto: FMT

Menurutnya, beliau akan terus memperjuangkan hak penduduk sehingga setiap keluarga mendapat rumah seperti dijanjikan jika tiada tindakan lanjut diambil oleh DBKL.

Antara tuntutan dalam memorandum itu termasuk isu 67 penduduk berstatus  TOL (lesen pendudukan sementara) yang tidak menerima sebarang tawaran rumah percuma atau rumah gantian meskipun sudah menetap lebih 70 tahun.

Artikel lain: Projek Kampung Sg Baru: Individu Dakwa Rafidah Ibrahim Pentingkan Diri, Sengaja Cetus Provokasi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, 43 pemilik kedai berstatus TOL sejak 1970-an turut didakwa terpinggir apabila tidak ditawarkan pampasan atau unit gantian, walaupun janji pernah dibuat.

Memorandum itu juga mengangkat isu status keluarga kedua yang tidak jelas serta ketidaktelusan proses bancian selain siasatan berhubung dakwaan kecurian hak rumah.

Pada 22 September lalu, media melaporkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, berkata tiada operasi meroboh rumah, kedai atau kilang di kawasan itu selepas arahan mahkamah supaya penduduk dan peniaga berpindah dibuat pada hari berkenaan.

Penduduk Jinjang Selatan

Foto: Malaysia Kini

Sementara itu, Ameer turut mencabar Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, berdebat berhubung dakwaan layanan dua darjat pihak berkuasa terhadap penduduk Jinjang Selatan Tambahan dan Kampung Sungai Baru.

“Kalau Akmal anak jantan, mari berdebat dengan saya. Jangan jadi jaguh kampung yang tak faham masalah penduduk,” ujarnya.

Terdahulu, Dr Akmal mendakwa rumah di Kampung Sungai Baru yang dibina atas tanah sendiri dirobohkan, sedangkan premis yang disewa oleh Penduduk Jinjang Selatan Tambahan tidak melalui proses sama walaupun mahkamah sudah mengarahkan penduduk berpindah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today (Cho Wan Rou)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Video sepasang suami isteri tunjuk aksi terlebih mesra ketika menjual ikan di siaran langsung TikTok telah menjadi perbualan netizen di media sosial kerana terlihat...

Sosial

Seorang pelajar yatim piatu, Putera Iman Shah Shahiran, 19, hadir mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) hanya seorang diri selepas kehilangan kedua ibu bapa...

Dunia

Langkah Malaysia menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 mencetuskan perbualan hangat di media sosial Indonesia. Ramai yang tidak menyangka...

Sosial

Seorang pelajar Malaysia, Iman Mohamad Afif, mencatat sejarah membanggakan apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi program Sarjana Kejuruteraan (Kejuruteraan Kimia dengan Tenaga dan Alam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd