Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Penari Tiang Brazil Tergelincir, Jatuh Ke Dalam Lubang Gunung Berapi Di Indonesia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca buruk dan keadaan permukaan bumi yang berbahaya.

Penari tiang Brazil terjatuh Gunung Rinjani

Penari tiang Brazil terjatuh Gunung Rinjani

Mangsa yang juga merupakan penari tiang Brazil, Juliana Marins, 26, dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam lubang di lereng gunung kedua tertinggi di Indonesia, Gunung Rinjani ketika mendaki di ketinggian 3,726 meter itu pada Sabtu lalu.

Menurut pihak berkuasa Taman Negara Gunung Rinjani, seramai lebih 50 anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian termasuk Basarnas, polis, tentera, pendaki profesional, dan sukarelawan dalam misi menyelawat wanita Brazil itu.

“Kami sudah mengenal pasti lokasi mangsa menggunakan dron, namun usaha untuk turun ke kedudukan beliau sangat sukar kerana tebing yang curam dan cuaca berkabus,” kata jurucakap Basarnas Lombok Timur.

Dalam perkembangan sama, Julian dikatakan tidak bergerak dan duduk dalam keadaan lemah di atas batu setelah kelibatnya dirakam menerusi dron yang diterbangkan ke lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penari tiang Brazil terjatuh Gunung Rinjani

Sehingga kini, pengesahan rasmi berkenaan pendaki itu masih bernyawa ataupun sudah meninggal dunia masih belum dapat dikenal pasti.

Dalam pada itu, operasi udara terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu akibat jarak penglihatan yang rendah dan keadaan angin yang berbahaya menyukarkan lagi tiga buah helikopter untuk membantu misi menyelamat mangsa.

Sehubungan itu, kedutaan Brazil di Jakarta telah dimaklumkan berhubung insiden ini dan mengikuti secara rapat perkembangan terbaharu dari semasa ke semasa.

Penari tiang Brazil terjatuh Gunung Rinjani

Artikel lain: “Ini Gunung Terakhir Saya..”- Pendaki Malaysia Meninggal Dunia, Terjatuh di Rinjani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, keluarga mangsa memuat naik hantara di media sosial merayu untuk mendapatkan bantuan antarabangsa dan menggesa agar proses menyelamat dilakukan dengan kadar yang segera.

Untuk rekod, pihak berkuasa Indonesia menutup sementara semua laluan pendakian ke Gunung Rinjani bagi memberi laluan kepada operasi penyelamatan yang kini memasuki hari keempat.

Sumber: X MYNEWSHUB

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Kos liang lahad bagi lima mangsa yang terkorban dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Dong, awal pagi Khamis akan ditanggung menggunakan dana...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd