Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

17 Bulan Curi Air Kelantan, Pemilik Kilang Ais Didenda RM50,000

Seorang pemilik kilang ais di sini dijatuhi denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah melakukan penyambungan haram ke paip air milik Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tanpa kebenaran.

Pemilik kilang ais mengaku bersalah

Menurut laporan Sinar Harian, Mohamad Yusrid Mohd Yusof, 33, didakwa membuat sambungan haram di kilangnya yang terletak di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, sejak Jun 2018.

Perbuatan itu dilaporkan berlarutan selama 17 bulan, menyebabkan kerugian kepada AKSB melebihi RM41,000.

pemilik kilang ais

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Suhaidariah Ahmad, berkata tindakan pemilik kilang itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah menyumbang kepada peningkatan peratusan air tidak terhasil (NRW) di Kelantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Resort Mewah Di Sekinchan Curi Air, Bil Hanya RM36 Sebulan!

Keadaan ini memberi kesan kepada kemampuan AKSB untuk menambah baik insfrastruktur sistem bekalan air terutamanya kerja-kerja penyenggaraan paiap usang.

“Kesalahan ini serius kerana dilakukan oleh pemilik tunggal kilang yang mampu. Penyambungan haram ini menjejaskan operasi AKSB dan menimbulkan kerugian besar. Oleh itu, hukuman setimpal perlu dikenakan,” katanya.

Tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas petuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Muhamad Yusrid tidak diwakili peguam ketika prosiding berlangsung dan memohon agar mahkamah mengenakan denda minimum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

pemilik kilang ais

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menekankan bahawa hukuman yang setimpal wajar diberikan memandangkan kesalahan itu melibatkan kepentingan awam dana menimbulkan kerugian besar.

Mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatana Air 2006 (Akta 655), kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 123(3) akta yang sama, iaitu denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM50,000 kepada pemilik kilang ais tersebut dan sekiranya gagal membayar, dia boleh dipenjara selama 12 bulan.

Sumber: Berita Harian ( Nor Fazlina Abdul Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd