Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pembunuh Adik Zayn Rayyan Masih Dicari, Polis Minta Henti Komen Spekulasi

Polis memberi peringatan tegas kepada orang ramai untuk tidak membuat sebarang komen berbentuk spekulasi di media sosial berhubung kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, lapor Kosmo! Online.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata, pihaknya mengesan terdapat beberapa komen spekulasi kematian Zayn Rayyan yang ditinggalkan oleh warganet pada hantaran di media sosial TikTok.

Ujarnya, tindakan tidak bertanggungjawb itu secara tidak langsung menganggu emosi keluarga mangsa terlibat yang masih dalam kesedihan kehilangan insan tersayang.

Malah, komen yang ditinggalkan oleh mereka itu boleh mewujudkan kegusaran orang ramai memandangkan ia masih dalam siasatan pihak polis memburu pembunuh Zayn Rayyan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang ramai diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang komen yang berkaitan kes yang masih dalam siasatan jenayah oleh pihak polis.
“Komen-komen seperti ini bukan sahaja mewujudkan kegusaran orang ramai tetapi mengganggu emosi keluarga yang dalam kesedihan atas kehilangan anak yang disayangi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

spekulasi Zayn Rayyan

Dalam perkembangan lain, polis akan memanggil beberapa jiran dan pihak sekolah kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan maut dibunuh bagi merakam percakapan.

Setakat ini,  lima orang sudah dipanggil memberi keterangan termasuk ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih dijalankan dan polis turut akan memanggil beberapa jiran di kawasan kediaman itu dan pihak sekolah mangsa,” katanya.

Ketika ditanya adakah suspek lebih daripada dua orang, Hussien berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihaknya.

Ketika ditanya kemungkinan mangsa mengenali suspek ketika kejadian dia dilaporkan hilang sebelum dibunuh, Hussein turut memaklumkan polis masih menyiasat semua keberangkalian itu.

spekulasi Zayn Rayyan

Terdahulu, kematian kanak-kanak autistik berusia 6 tahun itu diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polis juga tidak menolak kemungkinan mayat  kanak-kanak itu di lokasi lain sebelum diletakkan di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai.

spekulasi Zayn Rayyan

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain juga berkata, terdapat kesan ‘defensive wound’ dipercayai mangsa bergelut dengan suspek.

Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan individu yang dicari itu merupakan seorang yang tahu selok-belok kawasan perumahan dan tempat mayat mangsa dibuang.

Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain:  Pembunuh Along Spoon Bebas Hari Ini, Hukuman Penjara Sepanjang Hayat Dipinda

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Sosial

Salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang ke rumahnya secara senyap tanpa...

Lokal

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kondominium di Wangsa Maju,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd