Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pembuat Kenderaan Tempatan Mampu Hasilkan EV Nasional Menjelang 2025 – MITI

Kerajaan optimis syarikat pembuat kenderaan tempatan mampu hasilkan kenderaan elektrik (EV) nasional pertama menjelang 2025.

Menurut laporan Bernama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata demikian selepas melancarkan kenderaan smart #1 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Pembuat kenderaan tempatan mampu hasilkan EV

Foto: Sinar Harian

Tengku Zafrul berkata, pembuat kenderaan tempatan telah memulakan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D)  termasuk pelaburan dalam pengeluaran EV pertama negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Malah di MITI, mereka ada berkongsi perkembangan terkini mengenai perancangan mereka. Pasukan kita dari MITI juga terlibat dalam memahami kemajuan ini.
“Jadi setakat ini, nampaknya boleh dicapai. Kalau dengar daripada taklimat syarikat nasional, kita akan dapat capai matlamat yang kita sasar pada 2025,” katanya.

Tambah beliau, Proton Holdings Bhd turut menunjukkan komitmen dalam pelaburan stesen pengecasan EV, maka diyakini Malaysia dapat menyediakan 10,000 unit pengecas EV di seluruh negara.

Selain itu, Tengku Zafrul juga berkata kerajaan ada menyarankan lebih banyak syarikat pengeluar EV menjalankan pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia agar harga EV berpatutan dapat ditawarkan.

“Kerajaan memang memberi banyak insentif untuk EV tetapi seperti disebut tadi insentif ini mesti dapat dinikmati semua rakyat Malaysia, bukan sahaja mereka yang mampu beli.
“Kita mahu mendemokrasikan penggunaan EV, kita hendak memastikan lebih ramai rakyat mampu membelinya.
“Mengenai cukai jalan  EV, kita telah berbincang dalam Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC).
“Kini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke sedang memuktamadkannya dan saya percaya beliau akan membuat pengumuman dalam masa terdekat,” ujarnya.

Foto: Harian Metro

Jelasnya, pengalaman global dan akses Smart yang luas kepada teknologi terkemuka akan memberi kesan limpahan kepada industri tempatan dalam menjana idea bahaaru dan memacu R&D berteknologi tinggi.

“Lebih penting lagi, potensi untuk mewujudkan pekerjaan akan menjadi sangat besar apabila kemahiran baharu diperlukan untuk memenuhi sektor yang sedang pesat membangun ini.
“Ini bukan sahaja akan menarik bakat malah juga akan mengalakkan keusahawan dalam ruang EV,” katanya.

Jelasnya, kerjasama baharu itu juga akan menyokong Lembah Teknologi Automatif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak dalam visinya menjadi hab automotif berteknologi tinggi dan lokasi utama pembangunan kereta oleh kumpulan Proton.

Artikel lain: Tesla Rancang Keluarkan Kereta Elektronik Mampu Milik Bernilai RM124,229

Advertisement. Scroll to continue reading.

Proton New Technology Sdn Bhd (Pro-Net) milik penuh Proton Holdings adalah pengedar eksklusif bagi smart#1 di Malaysia dan Thailand.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, syarikat itu komited untuk membentuk semula landskap mobiliti sepenuhnya elektrik premium di negara ini.

“Dedikasi kami terletak pada usaha membentuk semula keyakinan pengguna melalui perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang.
“Ia merangkumi komponen dan alat ganti yang mudah didapati, peta pengecasan awam bersepadu dan ekosistem digital yang lancar.
“Kami amat yakin bahawa kunci kepada kejayaan ini adalah dengan meletakkan keperluan dan keinginan pelanggan sebagai keutamaan dalam setiap produk dan perkhidmatan kami,” katanya.

Tambahnya, Pro-Net menyasarkan untuk mencapai sasaran jualan 800 hingga 1,000 unit smart#1 tahun depan, selepas menerima sejumlah 500 tempahan sebelum mengumumkan harga rasminya.

smart#1 didatangkan dengan tiga varian iaitu, Pro, Premium dan Brabud dengan harga masing-masing RM189,000, RM219,000 dan RM249,000.

Zhang berkata sebanyak 80 peratus tempahan diterima daripada pesanan digital melalui aplikasi Hello smart sementara itu, 60 peratus daripada keseluruhan tempahan adalah model smart#1 Brabus.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi pasaran serantau terutama Thailand, Pro-Net menyasarkan untuk mengeskport ke negara itu pada pertengahan tahun hadapan,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd