Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Honda Jazz Langgar Pelajar UniSZA Hingga Terkorban Direman 4 Hari

Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat kemalangan sehingga mengorbankan seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Jalan Kemajuan, di sini Isnin lepas, direman empat hari bermula hari ini.

Menurut laporan Bernama, perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 32 tahun dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Yuhanis Mohd Roslan, di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi.

Pemandu Honda Jazz

Pemandu Honda Jazz

Foto: Bernama

Suspek yang memakai pakaian lokap ungu tiba di mahkamah pada 9.45 pagi dan diiringi dua anggota polis.

Dalam kejadian pada 1.55 tengah hari Isnin lepas, pelajar semester dua Diploma Pascasiswazah Pendidikan, Syakirah Hanan Mazli, 25, maut selepas keretanya Perodua Viva dirempuh Honda Jazz yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan itu menyebabkan pelajar UniSZA itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pemandu kereta Honda Jazz terbabit disahkan menghidap Major Depressive Disorder (MDD).

Artikel lain: Sempat Mencuri, Suspek Rempuh Penuntut UniSZA Disahkan Hidap Gangguan Mental

Pemandu Honda Jazz

Foto: Bernama

Azli berkata berdasarkan laporan, lelaki berusia 32 tahun itu telah beberapa kali menjalani rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mulai Januari 2025.

Sebelum kejadian, suspek dipercayai memecah masuk sebuah kereta Honda City dan melarikan dompet berisi RM200

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang, susulan tindakan penguatkuasaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd