Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu E-Hailing Dedah Diarah ‘Complete Job’, Pamela Dipaksa Keluar Kereta

 “Saya dipaksa tandakan complete job (selesai hantar penumpang) sebelum MyKad dan lesen memandu diambil mereka yang mendakwa anggota polis (penculik), sebelum wanita itu dipaksa turun dan dibawa masuk ke dalam salah kereta terbabit,” kata pemandu e-hailing yang ingin dikenali Kok, 55, tahun.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku ketika Kok sedang menghantar penumpangnya, Datin Seri Pamela Ling Yueh, 42, dari Velocity Tower, Cheras ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada 9 April lalu kira-kira jam 2 petang.

Foto: The Star

Kok memaklumkan bahawa sepanjang perjalanan mereka tidak berbual, namun wanita itu sempat membuat satu panggilan telefon yang perbualannya tidak jelas.

Menurutnya, ketika hampir tiba di bangunan SPRM, tiba-tiba kereta muncul dari depan, di belakang dan di sisi kenderaannya sebelum terus menghalang laluan.

“Kemudian, keluar dua lelaki dan seorang wanita dari dua kereta, manakala tiada orang keluar dari satu lagi kereta.
“Saya lihat dua lelaki itu pakai vest polis, manakala seorang lagi wanita memakai pakaian seragam polis menghampiri kereta saya serta memaklumkan ingin menahannya (Pamela) bagi membantu siasatan selepas menerima laporan polis,” katanya.

Pada awalnya, Pamela enggan keluar dari kereta sebelum wanita berpakaian polis itu cuba untuk tariknya keluar.

“Dua lelaki lain kemudian menerangkan ini adalah tangkapan dan mendakwa hanya akan menghantar pelanggan saya itu (Pamela) ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
“Barulah ketika itu wanita terbabit turut dan dia membayar RM100 kepada saya untuk kos penghantaran sebelum penculik itu memaksa saya menekan butang complete job,” ujarnya.
“Mereka juga ambil MyKad, lesen memandu dan nombor telefon saya sebelum beredar bersama wanita itu. Saya terus buat laporan polis selepas itu,” kata Kok, yang mendakwa tidak dapat bekerja selama dua minggu kerana terpaksa menunggu penggantian dokumen pengenalan.

Foto: Sinar Daily

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan Pamela dan siasatan kini tertumpu kepada dakwaan bahawa wanita tersebut dilarikan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis.

Polis turut meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenal pasti identiti suspek serta kenderaan terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, pihak polis mengesahkan tiada sebarang permintaan wang tebusan diterima.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pasukan Dart Kebangsaan Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kemenangan sulung dalam penampilan mereka di pentas Piala Dunia Dart 2025. Malaysia membuka kempen dengan...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya bernikah kali kedua dengan wanita lain ketika sarat hamil tujuh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd