Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pelancong China Dakwa Pemandu Bas Main Game Ketika Memandu Dari KL Ke Butterworth

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang bermain permainan mudah alih atau game ketika memandu kenderaan tersebut.

Berdasarkan postingannya, video berkenaan dipercayai dihantar seorang individu yang merakam kejadian sekitar jam 6 petang pada 22 Jun lalu semasa dalam perjalanan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Butterworth, Pulau Pinang.

pemandu bas

Foto: FB Tan Chia Yong

“Seorang pengikut saya menghantar video kepada saya yang dirakam oleh salah seorang rakannya pelancong China, sekitar jam 6 petang pada 22 Jun semasa mereka berada dalam bas dari Kuala Lumpur ke Butterworth, Pulau Pinang.
“Dalam video itu, pemandu bas itu sebenarnya sedang bermain permainan mudah alih semasa memandu!
‘Adakah semua pemandu Malaysia seperti ini?’ dia bertanya.
“Saya terkejut melihatnya, sudah tentu tidak! Ini adalah kambing hitam, dia mesti dicari! Memandu bas seperti ini memang menakutkan!” tulisnya.

Artikel lain: JPJ Ambil Tindakan, Saman Dua Pemandu Bas Tular Di TikTok

Rakaman berdurasi beberapa saat itu menunjukkan dengan jelas pemandu berkenaan memegang telefon bimbit dan menumpukan perhatian pada skrin semasa bas sedang bergerak, sekali gus membahayakan nyawa penumpang serta pengguna jalan raya lain.

Tan turut menegaskan bahawa perlakuan seperti itu tidak melambangkan keseluruhan industri pemanduan di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaliknya, Tan menyifatkan pemandu tersebut sebagai kambing hitam yang perlu dikenalpasti dan diambil tindakan tegas.

Hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, kebanyakannya menyuarakan rasa marah dan kecewa dengan sikap sambil lewa sesetengah pemandu bas terhadap keselamatan penumpang.

Tindakan pemandu itu jelas melanggar undang-undang jalan raya serta kod etika keselamatan syarikat pengangkutan dan kes sebegini turut menimbulkan persoalan mengenai pemantauan dan latihan yang diberikan kepada pemandu bas jarak jauh.

pemandu bas

Foto: FB Tan Chia Yong

Orang ramai diingatkan untuk segera melaporkan sebarang kelakuan berbahaya oleh pemandu kepada pihak berkuasa atau pengurusan syarikat supaya langkah segera boleh diambil demi menjaga keselamatan semua pihak.

Keselamatan di jalan raya bukan sesuatu yang boleh dikompromi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setiap individu yang diberi tanggungjawab memandu, lebih-lebih lagi dalam sektor pengangkutan awam, wajib mengutamakan nyawa manusia di atas segalanya.

Sumber: Facebook @Tan Chia Yong

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd