Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pelakon ‘Power Rangers Hijau’ Meninggal Dunia, Dipercayai Bunuh Diri

Pelakon Jason David Frank yang terkenal dengan watak sebagai Tommy Oliver dalam siri televisyen popular era 90-an Power Rangers  dilaporkan meninggal dunia di usia 49 tahun.

Memetik laporan rollingstone, punca kematian pelakon yang popular sebagai Power Rangers sut berwarna hijau itu tidak dinyatakan, namun ia dipercayai meninggal akibat bunuh diri.

Berita pemergian pelakon itu telah membuatkan ramai peminat terkejut selain mengucapkan takziah atas pemergiaan bintang tersebut.

Selain itu, rakan pelakon iaitu Walter Emanuel Jones turut merakamkan ucapan takziah buat mendiang seisi keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sangat sedih kehilangan seorang lagi ahli istimewa dalam keluarga kami,”tulis Walter Emanuel di ruangan hantaran tersebut.

Sebelum ini, aktres cantik Thuy Trang yang memainkan watak sebagai Power Ranger sut berwarna kuning dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2001 di usia 27 tahun.

Imbas kembali, Power Ranger mula ditayangkan di kaca televisyen pada tahun 1993 dahulu dengan menampilkan watak-watak adiwira yang dicipta untuk menentang raksasa atau penjenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Frank mula ‘bertugas’ sebagai Ranger hijau pada musim pertama, ‘Mighty Morphin Power Ranger’ yang merupakan seorang ‘pencabar’ kepada ahli Power Ranger lain.

Selain Mighty Morphin, Frank juga turut membintangi beberapa siri Power Ranger lain seperti Wild Force, Turbo, ZeoDino Thunder, Megaforce, Ninja Steel dan HyperForce.

Malah Frank juga pernah memegang watak sebagai Ranger merah, hitam dan putih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: rollingstones, Youtube IGN

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular sebuah kisah menyentuh hati melibatkan seorang suami, Khairul Azhar Jainal Abidin, 27, yang terpaksa reda akan pemergian arwah isterinya, Ain Farhana...

Lokal

PAS menyatakan kesediaan untuk menyediakan bantuan guaman kepada penjawat awam sekiranya mereka dikenakan tindakan kerana menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada Sabtu...

Dunia

Seorang doktor asal Malaysia yang dilaporkan hilang semasa mendaki di pergunungan Dolomites, Itali disahkan meninggal dunia setelah mayatnya ditemukan akibat terjatuh dari tebing. Doktor...

Nasional

Usaha membanteras kegiatan ‘counter setting’ di pintu masuk negara akan dipertingkatkan menerusi dasar sokongan yang lebih kukuh, kata Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd