Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pejuang Palestin Cabar Elon Musk, Lawat Gaza Lihat Sendiri Kemusnahan Berlaku

Pejuang Palestin iaitu Hamas cabar pemilik aplikasi X, Elon Musk untuk hadir ke Gaza bagi menyaksikan sendiri keadaan terkini  sejak diserang oleh Israel tanpa belas kasihan sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa tidak bersalah.

Menurut laporan Al Jazeera, jemputan itu telah dibuat oleh pegawai kanan Hamas Osama Hamdan pada Selasa selepas Musk membuat lawatan kemanusiaan ke Kibbutz yang menjadi sasaran tentera Hamas sejak 7 Oktober lalu.

Pejuang Palestin cabar Elon Musk

https://www.facebook.com/IsraelinChicago/videos/elon-musk-visits-the-damaged-homes-of-kibbutz-kfar-azza/221551340969643/

Artikel lain: Hasil Iklan, Langganan X Akan Disumbangkan Kepada Hospital Israel – Elon Musk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, Hamdan menyeru kepada pengasas Tesla tersebut untuk turut mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza untuk melihat sendiri kesan keganasan yang dilakukan oleh pihak zionis.

“Kami menjemput beliau melawat Gaza untuk melihat sejauh mana pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan yang dilakukan terhadap penduduk Gaza, dengan mematuhi piawaian objektiviti dan kredibiliti.
“Dalam tempoh 50 hari, Israel menjatuhkan lebih 40,000 tan bahan letupan ke atas rumah penduduk Gaza yang tidak berdaya,” kata Hamdan dalam sidang akhbar di Beirut.

Semasa lawatannya ke Israel, Musk meluahkan rasa terkejut apabila melihat kibbutz Kfar Azza yang musnah dan mengatakan bahawa Israel tiada pilihan selain menghapuskan Hamas.

Apa yang mengundang kemarahan ramai, jutawan yang berusia 52 tahun itu melabelkan rakyat Palestin sebagai ‘pembunuh generasi baharu’.

Sebelum ini, Musk mencapai persetujuan di mana unit satelit Starlink hanya dikendalikan di Israel dengan kelulusan Kementerian Perhubungan Israel untuk meningkatkan lagi komunikasi di Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, pegawai Hamas  menyeru Amerika Syarikat untuk mengkaji semula hubungannya dengan Israel dan berhenti membekalkan mereka senjata.

Bukan itu sahaja, dia turut berharap agar masyarakat antarabangsa segera menghantar pasukan khusus untuk membantu mengeluarkan beribu-ribu mayat dari bawah runtuhan.

Sumber: Al Jazeera

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd