Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pasang Bendera Malaysia Terbalik, Lelaki Warga China Ditahan

Polis Johor menahan seorang lelaki warga China berusia 38 tahun bagi membantu siasatan berhubung insiden pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di sebuah premis di kawasan Taman Eko Perniagaan 2, Senai Airport City, Kulai.

Pasang bendera Malaysia terbalik!

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, tangkapan dibuat susulan penularan satu video di laman media sosial Community Roda Johor (CRJ) pada 11 Januari lalu kira-kira jam 4.00 petang yang memaparkan bendera Malaysia dipasang dalam keadaan terbalik di premis berkenaan.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
bendera Malaysia terbalik

Foto: Bernama

Menurut beliau, polis turut merampas satu helai bendera Malaysia yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing adalah negatif.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Pindaan 2017), iaitu kesalahan penyalahgunaan lambang dan nama rasmi negara yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
bendera Malaysia terbalik

Foto: Tangkap layar tular

Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 berkaitan perbuatan yang boleh menimbulkan kegusaran awam, serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/1963 berhubung pelanggaran syarat pas atau permit.

Mahkamah Majistret Kulai telah membenarkan permohonan reman ke atas suspek selama tiga hari bermula 12 Januari hingga 14 Januari 2026 bagi membantu siasatan lanjut.

Artikel lain: Jalur Gemilang Terbalik Di Restoran Popular, Pengurusan Kata ‘Kesilapan Tak Disengajakan’

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan kenyataan tidak sahih atau berbaur provokasi berhubung kes ini melalui mana-mana platform media sosial.

“Polis Johor sentiasa komited dalam melindungi kedaulatan dan keamanan negara serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” ujar Ab Rahaman.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang boleh disalurkan ke Hotline Polis Johor di talian 019-279 2095 atau Bilik Gerakan di 07-221 2999 bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Polis Johor

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan di Lampu Isyarat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu semalam disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri dan menghidap Major...

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Restoran diusahakan pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Aming, iaitu Rembayung di Kampung Baru di sini, secara rasminya dibuka, hari ini. Pembukaan rasmi restoran itu...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd