Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Panasonic Rancang Buang 10,000 Pekerja Di Seluruh Dunia

Syarikat elektronik gergasi dari Jepun, Panasonic rancang buang seramai 10,000 pekerja di seluruh dunia dalam usaha meningkatkan keuntungan dan menstruktur semula operasinya, lapor AFP.

Panasonic rancang buang pekerja

Memetik laporan dari AFP, langkah ini melibatkan kira-kira empat peratus daripada keseluruhan 230,000 tenaga kerja globalnya dan dijangka dilaksanakan dalam tahun kewangan semasa sehingga Mac 2026.

“Langkah ini menyasarkan 10,000 pekerja (5,000 di Jepun dan 5,000 di luar negara) di syarikat konsolidasi akan dilaksanakan mengikut undang-undang buruh, peraturan dan perundangan setiap negara dan rantau,” jelas syarikat berkenaan.

Panasonic Rancang Buang

Panasonic buang pekerja, jumlah kakitangan diperlukan juga akan dikaji

menyemak semula kecekapan operasi syarikat-syarikat di bawahnya, terutama dalam bahagian jualan dan bahagian yang tidak terlibat secara langsung dalam pengeluaran produk utama. Malah, jumlah organisasi dan kakitangan yang benar-benar diperlukan juga bakal dikaji semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Panasonic Holdings, Yuki Kusumi berkata, “Ia supaya kami dapat bersaing dengan syarikat lain pada tahap yang kompetitif,” tanpa mengulas lanjut tentang skala pemberhentian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Panasonic yang dahulunya dikenali sebagai pembekal peralatan elektronik, kini merupakan antara pembekal utama bateri untuk Tesla, selain terlibat dalam sektor hartanah, automotif dan tenaga.

Baru-baru ini, syarikat turut mengumumkan satu program pembaharuan pengurusan bagi menangani isu struktur dalaman.

“Melalui pembaharuan pengurusan ini, syarikat menyasarkan peningkatan keuntungan sekurang-kurangnya JPY150 bilion (RM4.44 bilion),” maklumnya.

Artikel lain: Panasonic Mula Operasi Bangunan Baharu, PAPARADMY Di Malaysia

Bagaimanapun, laporan kewangan menunjukkan penurunan 15 peratus dalam keuntungan bersih serta kemerosotan jualan sebanyak lapan peratus. Panasonic turut menjangkakan penurunan keuntungan bersih kepada JPY366 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025, susulan kelembapan permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, syarikat ini akan terus memantau situasi tarif dan berusaha mengurangkan kesannya melalui tindakan jangka pendek serta strategi jangka sederhana hingga panjang.

Sumber: AFP

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Seorang kanak-kanak, Muhammad Yusof meninggal dunia secara mengejut dalam kejadian bulan lalu yang didakwa akibat kecuaian pihak klinik yang tidak dapat menyediakan bekalan oksigen...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd