Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PAKAM 2025 Himpun 200 Ilmuwan, Sedia Jadi Pentas Wacana Global Angkat Legasi Melayu

Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada 23 hingga 25 Oktober 2025 nanti.

Difahamkan, Persidangan ini juga  merupakan sambutan daripada cetusan idea oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) yang berlangsung pada 27-29 November 2024.

Menerusi festival tersebut, beliau menekankan perlunya penguasaan terhadap karya agung Melayu melalui pendekatan kreatif dan inovatif untuk mengembalikan minat terhadap sejarah dan warisan Melayu, terutamanya dalam membentuk pemikiran versi Melayu dalam kalangan generasi muda yang lebih mengenali karya barat.

PAKAM 2025 hadirkan ilmuan dari pelbagai negara

Persidangan itu akan menjadi platform penting untuk menyoroti kepelbagaian penyelidikan terkini mengenai Karya Agung Melayu seperti Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah serta kaitannya dengan kecerdasan buatan (AI). 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tokoh akademik dari Belanda, Indonesia, Brunei, Thailand dan Malaysia antara yang dijangka hadir, sekali gus bagi berbincang serta bertukar pendapat agar mampu mengukuhkan kedudukan karya agung Melayu sebagai warisan ilmu yang terus relevan di persada dunia.

Objektif utama PAKAM 2025 teknologi AI dengan Karya Agung Melayu

Dalam pada masa yang sama, fokus utama kepada PAKAM 2025 adalah untuk meningkatkan pemahaman tentang karya agung Melayu dalam era kecerdasan buatan (AI).

Persidangan tersebut pastinya memberi peluang buat para ilmuan meneroka transformasi karya agung terbabit dalam era digital dan globalisasi ini.

Ia sekaligus mampu memperkasakan korpus karya agung Melayu di peringkat antarabangsa dan menjana penyelidikan baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah terbabit pastinya dapat menyemai kesedaran tentang pemeliharaan terhadap warisan berkenaan terutamanya kepada generasi masa kini.

PAKAM 2025  tampil 16 kertas kerja

Dengan mengangkat tema “Karya Agung Melayu: Penyatuan antara Tradisi dan Teknologi”, persidangan ini bakal menampilkan 16 kertas kerja yang akan membahaskan bagaimana khazanah silam mampu dihubungkan dengan cabaran serta peluang era digital.

Naskah Hamzah Fansuri

Majlis perasmian juga akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tanda sokongan padu kerajaan dalam usaha memartabatkan karya agung Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penganjur PAKAM 2025 main peranan tepat

PAKAM 2025 merupakan anjuran Yayasan Karyawan yang diketuai Pengarahnya, YBhg. Prof. Madya Dr. Roosfa Hashim, bersama dengan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Susulan daripada itu, sebagai penganjur bersama, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilihat terus menjuarai agenda dalam memperkasakan bahasa, budaya dan tamadun watan.

Melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), khususnya Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, UKM memainkan peranan penting mengangkat penyelidikan manuskrip Melayu ke peringkat antarabangsa.

Misa Melayu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Pakar Manuskrip Melayu, Prof. Madya Dr Salmah Jan, manuskrip Melayu dianggap sebagai ‘kalam agung’ dalam sejarah peradaban Melayu disebabkan kandungannya yang merangkumi nilai ilmu, agama, budaya dan falsafah.

“Manuskrip Melayu adalah khazanah ilmu yang merakam sejarah, falsafah dan pandangan dunia Melayu. Ia ibarat kalam agung yang membentuk tamadun,” ujarnya dalam temu bual di Program Cakna Bahasa.

Dengan pelbagai ilmu yang terkandung dalam manuskrip Melayu meliputi agama, undang-undang, perubatan, sastera dan ilmu bintang, ia pastinya mencerminkan keluasan intelektual masyarakat Melayu.

Namun, untuk memastikan manuskrip-manuskrip ini terus terjaga dan terpelihara bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi dengan cabaran utamanya seperti kerosakan fizikal.

Susulan daripada itu, Penyelidik Manuskrip dan Warisan, Ts. Dr. Ros Mahwati menyatakan antara usaha dilakukan untuk memelihara manuskrip ini adalah dengan mendigitalisasikan dan mengkatalongkan khazanah ilmu terbabit sebelum dipamerkan kepada umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Institusi penyelidikan kini mendigitalkan katalog dan mengadakan pameran serta wacana umum kepada masyarakat,” jelasnya.

pakam 2025

Hikayat Hang Tuah

Artikel lain: Program Sentuhan Komuniti Bestari: PNM Angkat Perpustakaan Desa Sebagai Pusat Ilmu

Jadi platform wacana global

Justeru itu, dengan penganjuran PAKAM 2025 nanti, ia akan menjadi platform terbaik wacana global dalam melestarikan karya agung Melayu ini.

Pertemuan ilmuan-ilmuan yang sememangnya pakar dalam bidang tersebut sudah tentu melahirkan resolusi penting supaya warisan lampau berkenaan terus terjaga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Persidangan tersebut juga pastinya bakal membuka ruang membina naratif baharu tentang masa depan tamadun Melayu dalam dunia moden yang kini dipacu teknologi kecerdasan buatan.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd