Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pakaian Atlet Negara Untuk Perasmian Olimpik Cantik, Tapi Lebih Kepada Aura Raya – Wan Fayhsal

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal akui pakaian atlet negara untuk perasmian Sukan Olimpik 2024 di Paris cantik.

Memetik laporan Malaysiakini, Wan Fayhsal bagaimanapun berkata pakaian itu tidak menyuntuk semangat untuk acara sukan yang berprestij itu.

Wan Fayhsal puji pakaian atlet dalam perasmian Olimpik

Pakaian Perasmian Olimpik Wan Fayhsal

“Ia lebih kepada vibe (aura) hari raya,” kata ketua Pemuda Bersatu yang juga anggota parlimen Machang.

Pakaian yang direka oleh pereka fesyen Rizman Ruzaini didedahkan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada pagi Jumaat.

Menurut Rizman, persalinan baju teluk belanga dan baju kurung berwarna keemasan yang dinamakan The Malaya itu didedikasikan kepada wira kemerdakaan seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut dan Datuk Bahaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pakaian Perasmian Olimpik Wan Fayhsal

Dalam pada tiu, Wan Fayhsal turut berkata dia mengambil maklum tentang kritikan orang ramai yang menyatakan rekaan tiu tidak menggambarkan kepelbagaian bangsa, termasuk Sabah dan Sarawak.

Artikel lain: Syarikat Arak: Tajaan Konsert Amal, Bukan Sumbangan Untuk Sekolah – Ahmad Zahid

“Bukanlah saya nak perkecilkan Rizman, (tetapi) mungkin kita boleh buat persiapan lebih baik,” ujarnya.

Tegasnya, dia tidak mahu memberikan kecaman yang berlebihan disamping turut berkata perancangan awal mungkin boleh dilakukan untuk menambah baik rekaan itu.

“Jadi tak apalah, percubaan yang baik. Saya tak naklah condemn (kecam) lebih-lebih,” katanya.

Pakaian Perasmian Olimpik Wan Fayhsal

Terdahulu, pakaian rasmi atlet Olimpik Malaysia menerima kecaman lebih teruk kerana disifatkan buruk dan kelihatan seperti baju sukan sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini (Ili Aqilah)

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Sukan

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin...

Bisnes

Siapa sangka di sebalik jenama pakaian tempatan yang kini menjadi pilihan ramai, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan...

Spotlight

Pasangan sensasi Hollywood, Zendaya dan Tom Holland dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga selepas penata rias peribadi Zendaya, Law Roach mendedahkan perkara itu di acara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd