Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Nissan Rancang Buang 20,000 Pekerja Seluruh Dunia, Tutup Kilang di Jepun

Rancang Buang

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada November lalu, dalam usaha penstrukturan semula besar-besaran bagi memulihkan perniagaan yang kian terjejas.

Menurut laporan agensi berita Kyodo, angka itu mewakili sekitar 15 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja global Nissan dan dijangka diumumkan secara rasmi ketika laporan kewangan penuh tahun fiskal 2024 dikeluarkan pada Selasa.

Nissan Rancang Buang 20,000 Pekerja

Langkah tersebut dijangka melibatkan pelbagai lokasi operasi global syarikat termasuk cadangan menutup salah satu daripada lima kilang pemasangan kenderaan domestik di Jepun, sebagai sebahagian pelan menyusun semula kapasiti pengeluaran dan menangani kemerosotan jualan.

Bagaimanapun, keputusan itu dijangka mendapat tentangan sengit daripada kesatuan sekerja dan pihak berkepentingan lain yang bimbang akan kesan sosial dan ekonomi terhadap komuniti terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini adalah keputusan yang sukar tetapi perlu untuk memastikan daya saing dan kelestarian jangka panjang syarikat,” kata seorang pegawai kanan Nissan yang enggan dikenali.

Pasaran turut menanti nantikan laporan kewangan syarikat yang dijangka mencerminkan tekanan berterusan akibat permintaan lemah di pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan China, selain kesan daripada kenaikan tarif automotif oleh pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.

Artikel lain: Panasonic Rancang Buang 10,000 Pekerja Di Seluruh Dunia

Pada November 2024, Nissan mengumumkan rancangan awal untuk mengurangkan 9,000 pekerjaan dan kapasiti pengeluaran global sebanyak 20 peratus menjelang tahun fiskal 2026. Syarikat itu juga telah menutup sebuah kilang di Thailand dan merancang untuk menutup dua lagi fasiliti yang belum diumumkan lokasinya.

Gelombang penstrukturan semula terbaharu ini dijalankan selari dengan semakan semula strategi pelaburan di bawah teraju Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Ivan Espinosa, yang memulakan tugas pada 1 April lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Fokus utama kami kini ialah memperkukuh struktur kos dan melabur semula dalam teknologi utama yang mampu memberikan kelebihan daya saing jangka panjang kepada Nissan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas minggu lalu.

Langkah drastik ini menandakan fasa baharu dalam usaha transformasi Nissan selepas bertahun tahun bergelut dengan jualan yang lesu, pengurusan yang bergolak, serta persaingan sengit dalam pasaran automotif global.

Sumber: Reuters

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd