Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial.
Rakaman video yang dimuat naik pengguna Threads, @Erymerah, memaparkan sekumpulan wanita melakukan aerobik di atas pentas ketika siaran langsung di TikTok.
Netizen Kecam Individu Senaman Berbaju Kurung Tanpa Kain
Dalam video tersebut, dua wanita dilihat memakai baju kurung sekolah digandingkan dengan seluar ketat, manakala seorang lagi dipercayai memakai seluar pendek sahaja.
“Minta Jabatan Agama Islam Selangor tolong siasat program senaman aerobik di Bukit Badong. Bertudung dan seluar pendek,”tulis pengguna tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang dan menyifatkan tindakan itu sebagai menghina ajaran Islam.
Artikel lain: Wartawan FMT Mohon Maaf, Nadir Al-Nuri Tawar ‘Kerusi Khas’ Ke Wilayah Bergolak
Namun, rakaman video itu telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial mengenai adab berpakaian dan sensitiviti terhadap ajaran agama Islam dalam aktiviti awam.
Sumber: Threads erymerah













































