Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

MP Bukit Gantang Ikrar Sokong Anwar, Minta Muhyiddin Yassin Buang Sengketa

Ahli Parlimen Bukit Gatang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dari Bersatu ikrar untuk sokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, lapor Malaysiakini.

Ia secara tidak langsung menjadikan Syed Abu Hussin sebagai ahli parlimen Bersatu kelima yang berpaling tadah dan meluahkan taat setia kepada kerajaan.

Sebelum ini, empat ahli Parlimen Bersatu menyokong kerajaan ialah, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

MP Bukit Gantang sokong Anwar

Pengumuman itu dibuat semasa beliau mengemukakan soalan tambahan kepada Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan- Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sendiri bersedia untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat Madani menangani kenaikan harga barang dan kos sara hidup dengan mengambil ibrah Nabi Yusuf AS.
“Dengan ini, Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri ke-10 dan gagasan kerajaan Madani,” katanya.

sokong Anwar

Kredit Foto: Malaysiakini

Sebelum itu, beliau menyampaikan ucapan mengenai kepentingan perpaduan negara selain memuji kepimpinan Anwar yang menunjukkan komitmennya ke arah menyatukan negara sejak Perdana Menteri itu mula bertanding pada 1982.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang juga Presiden Bersatu dan Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) untuk membantu Anwar.

“Sebenarnya ancaman kepada negara ialah bukan ancaman penjajah luar atau komunis. Tetapi  ancaman kepada perpaduan dalam negara.
“Orang Melayu terus berpecah hingga tak ada satu pun parti Melayu kuat (dan) cukup kerusi untuk  bentuk kerajaan,” katanya lagi.

Kredit Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, persengketaan yang tercetusnya ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk memacu ekonomi negara terutama menangani isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup rakyat.

“Oleh itu, demi negara tercinta, saya mitna Tambun (Anwar), Pagoh (Muhyiddin) dan Bera (Ismail Sabri), buang yang keruh ambil yang jernih.
“Marilah Pagoh dan Bera bersama-sama bantu Tambun bina masyarakat Madani.
“Kepada ahli parlimen pembangkang pula, marilah berunding sebaik-baiknya dengan kerajaan sebagaimana persefahaman masa Bera jadi perdana menteri,” katanya.

Terdahulu, Syed Abu Hussin bersetuju untuk menyokong kerajaan Madani pimpinan Anwar sekiranya Putrajaya dapat memperuntukkan dana yang mencukupi untuk kawasannya.

Dengan ikrar sokongan ini, Anwar kini mempunyai sokongan 152 ahli Parlimen.

Artikel lain: Lepas Isytihar Sokong Anwar, Ahli Parlimen Labuan Terima Peruntukan

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa isu berkaitan salasilah pemain warisan Harimau Malaya tidak sepatutnya terus diperdebatkan, memandangkan kesemua mereka telah melepasi saringan ketat...

Politik

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 ditunda ke hujung bulan November bagi memberi laluan membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan akan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd