Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Motosikal Bertembung Jip Pemandu Disyaki Mabuk, Anggota Polis Putus Kaki Kanan

Seorang anggota polis putus kaki kanan selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah jip di Jalan Lintas, berhadapan sebuah pasar raya di Kota Kinabalu, kira-kira 9.30 malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, koperal berusia 35 tahun itu dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, menurut saksi, pemandu jip dikatakan membuat pusingan U di tempat yang salah.

“Mangsa yang menunggang motosikal datang dari arah Kolombong menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sedang bergerak lurus tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku pelanggaran.
“Akibatnya, mangsa putus kaki kanan sehingga bahagian betis akibat terkena besi hadapan kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pemandu jip tidak mengalami sebarang kecederaan namun disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol atau mabuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagaimanapun siasatan masih diteruskan dan sampel darah pemandu jip sudah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa,” ujarnya.

Tambah beliau, kenderaan tersebut turut ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) selain kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Harian Metro (Juwan Riduan)

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Lokal

Ketika ini sedang berlangsung musim istiadat konvokesyen di seluruh negara, iaitu saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan graduan selepas bertahun-tahun berhempas pulas menamatkan pengajian. Namun,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Lokal

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Anas Zul Amirul Sidi, terus menjadi perhatian apabila kisah rumah tangganya bersama bekas isteri, Suffi Sofea, terbongkar penuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd