Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mohamed Khaled Mula Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara rasmi memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Ketibaan beliau disambut Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Datuk Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Gorman Khan TUDM selain pegawai-pegawai kanan kementerian, Angkatan Tentera Malaysia serta warga Wisma Pertahanan.

Beliau turut mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Naib Presiden UMNO itu kemudian mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas selepas selesai mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, pada 12 Disember lalu.

Artikel lain: Ini Senarai Penuh Kabinet Baharu Kerajaan Perpaduan

Mohamed Khaled yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Pendidikan Tinggi dilantik mengetuai portfolio baharu tersebut daripada Datuk Seri Mohamad Hasan yang menerajui Menteri Luar Negeri.

Ia susulan rombakan kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Dunia

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Doha telah memaklumkan bahawa berlaku serangan di Qatar, dan menggesa semua rakyat Malaysia agar tidak keluar rumah atau bangunan...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd