Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF & PERHEBAT Lonjak Keusahawanan Veteran Tentera, Beri Geran SPKLB Lebih RM1.1 Juta

Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperhebat kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan swasta demi memperkasa sosioekonomi veteran tentera. 

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, usaha itu dilakukan melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) untuk memastikan tiada veteran ATM tercicir daripada mendapat akses kepada skim-skim bantuan keusahawanan yang disediakan Kerajaan MADANI.

Sehubungan itu, beliau menyeru para veteran ATM untuk meneroka dan lebih aktif menceburi industri yang memiliki pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) yang menjadi fokus Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

“Ini termasuklah teknologi dan digital, elektrik dan elektronik bernilai tinggi, pertanian dan industri asas tani moden,” katanya ketika berucap menyempurnakan Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) peringkat Negeri Sabah, Tawau pada Jumaat.

Adly (tengah) bersama Ketua Pengarah PERHEBAT dan Ketua Pengarah JHEV ATM.

Hadir sama, Ketua Pengarah PERHEBAT, Dato’ Ts. Amir Md. Noor dan Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Semaon Marjuki.

Dalam ucapannya, Adly menzahirkan keyakinan bahawa veteran ATM mampu menjadi penyumbang signifikan kepada pelaksanaan RMK-13, selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘consumption powerhouse’ yang menghasilkan produk dan perkhidmatan berjenama ‘Made by Malaysia’.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sehingga hari ini, seramai 225 veteran ATM berjaya menerima manfaat geran berjumlah RM1.13 juta hasil suntikan dari Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB),” katanya.

Katanya, ini adalah julung kalinya PUVET ATM diperluas ke Wilayah Sabah selepas 11 siri pelaksanaannya di Semenanjung Malaysia sejak 2023.

“Sejak dilaksanakan, seramai 216 veteran ATM berjaya menerima manfaat geran berjumlah RM1.08 juta, manakala sejumlah 1,975 usahawan veteran pula sudah pun menyertai program ini,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah PERHEBAT, Dato’ Ts. Amir Md. Noor, berbanding pelaksanaan pada 2023 dan 2024, PUVET ATM tahun ini tampil dengan pendekatan baharu yang lebih menyeluruh dan bersifat praktikal.

“Tahun ini, kami bawa pendekatan baharu dalam PUVET ATM dengan membawa veteran ke lapangan bertemu pengusaha industri dan wakil agensi kerajaan.
“Veteran dapat menimba pengetahuan baharu mengenai perkembangan industri, memahami amalan terbaik dalam memulakan perusahaan sendiri, serta memperoleh akses jaringan terhadap geran dan insentif yang ditawarkan agensi terlibat,” katanya.

Pada masa sama, MINDEF menerusi PERHEBAT turut memperlihatkan pendekatan baharu melalui kerjasama lebih erat dengan pelbagai agensi kerajaan di peringkat pusat dan negeri, selain melaksanakan proses libat urus secara lebih meluas di pelbagai peringkat.

Terdahulu, pada majlis tersebut, Adly turut menyampaikan geran SPKLB kepada sembilan usahawan veteran ATM di negeri ini berjumlah RM54,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Adly (tengah – belakang) merakamkan gambar kenangan bersama lapan daripada sembilan penerima geran SPKLB yang hadir.

Menurutnya, inisiatif itu antara bukti komitmen berterusan MINDEF melalui PERHEBAT dalam memperkukuh sosioekonomi veteran ATM.

Selain itu, tiga daripada usahawan veteran yang sempat ditemui media menzahirkan rasa syukur kerana terpilih sebagai penerima geran SPKLB yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri.

Bagi Ummarang Manti, 51, geran sebanyak RM6,000 yang diterimanya akan digunakan sebaiknya untuk membantu keperluan mengembangkan lagi perniagaan kek lapis Sarawak yang diusahakannya sejak 2018 selepas bersara pada 2016.

Ummarang Manti.

Beliau berhasrat untuk menempatkan produknya di Lapangan Terbang Tawau agar dapat dinikmati oleh lebih ramai orang, termasuk pelancong luar memandangkan pasarannya setakat ini agak terhad di daerah ini meskipun menghasilkan 20 jenis produk.

Mohd Ali Osman, 51, yang mengusahakan produk sambal sejak 2016 di Kinarut, Papar bercita-cita mahu membawa produk keluarannya ke luar negara dengan lebih banyak lagi serta mahu bekerjasama dengan Tabung Haji untuk memudahkan jemaah haji membawanya.

Mohd Ali Osman.

“Sambal kami dinamakan Menaq atau sedap dalam bahasa Bajau-Samah setakat ini mendapat sambutan hangat di Brunei, selain di Sabah sendiri. Sambal Menaq ini turut dibawa pelanggan kami yang melancong ke Jerman dan China.
“Jualan langsung (live) melalui aplikasi TikTok banyak membantu kami sehingga dapat menghasilkan 400 ke 500 produk dalam seminggu,” katanya yang pertama kali menerima geran, namun mendapat bantuan daripada agensi kerajaan lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR).

Manakala, Azran Soud, 48, pula menceburi bidang pembuatan perabot dan sewaan kanopi berpengkalan di Kota Belud secara serius serta sepenuh masa selepas bersara pada 2019.

Azran Soud.

Beliau menggunakan modal sebanyak RM40,000 untuk memulakan perniagaan yang dijalankannya sejak masih dalam perkhidmatan dan bersyukur pendapatan diraih kini mampu menyara kehidupan selepas bersara serta berkongsi rezeki dengan 10 pekerjanya.

“Terima kasih PUVET dan PERHEBAT atas peluang pemberian geran ini yang pertama kalinya saya terima. Sudah pasti harapan saya adalah agar perniagaan ini terus berkembang dan mampu menjadi pesaing perabot di Sabah,” katanya.

MINDEF melalui PERHEBAT sentiasa komited dalam memperkasa ekonomi veteran ATM, sekali gus memastikan mereka bukan sahaja berdikari selepas tamat perkhidmatan, tetapi juga mampu menjadi sebahagian daripada pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd