Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Menabung Sejak Remaja, Zakaria Hamat Jemaah Haji Tertua Dari Malaysia Tahun Ini

Mula menabung sejak berumur 15 tahun, Zakaria Hamat akhirnya dapat menjejakkan kaki ke bumi Haramain untuk menunaikan Rukun Islam kelima pada usia 90 tahun.

Memetik laporan Berita Harian, Zakaria yang juga jemaah tertua dari Malaysia tahun ini tetap bersyukur apabila dijemput menjadi ‘duyufurrahman’ (tetamu Allah) dalam usia senja biarpun terpaksa mengambil masa 75 tahun.

Warga emas dari Kampung Bilok, Banggu, Kota Bahru, Kelantan itu ditemani cucu sulung, Mohd Syafiq Mohd Sekari, sekali gus jemaah Malaysia paling tua dibawa Lembaga Tabung Haji musim ini.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kepayahan hidup dengan pendapatan tidak seberapa dan hanya bergantung kepada upah membanting padi menyebabkan beliau mengambil masa yang lama menabung sehingga simpanan cukup untuk menunaikan haji.
“Zaman dulu pergi merata-rata cari duit, sampai ke Kedah, sampai lima enam kali pergi ke sana untuk memukul (membanting) padi, tapi upah tak banyak, kadangkala dapat juga beras zakat sehingga lima enam guni dan hasilnya bolehlah buat simpan sikit-sikit,” katanya dalam dialek Kelantan kepada petugas media.

Dalam pada itu, walaupun hasil simpanan tidak seberapa, warga emas yang turut dikenali sebagai Poksu Ya itu memberanikan diri untuk mendaftar haji pada 2003.

Foto: Harian Metro

Zakaria turut memberitahu dia membuat tabungan hasil kerja keras membanting padi ketika muda, termasuk merantau hingga ke Kedah demi memastikan dapat menunaikan haji.

Mohd Shafiq berkata, dua tahun berturut-turut datuknya menerima tawaran mengerjakan haji tetapi terpaksa ditolak iaitu pada 2022 dan 2023 disebabkan masalah kewangan dan keluarga tidak mengizinkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Badan boleh menjadi lemah sekiranya duduk sahaja. Kalau buat kerja boleh keluar peluh. Apabila berpeluh badan akan rasa segar,” ujar Zakaria.

Foto: Sinar Harian

Untuk rekod, Zakaria yang mendirikan rumah tangga dengan Ramlah Deris, 85, mempunyai dua anak lelaki yang kedua-duanya sudah meninggal dunia. Mereka juga dikurnia lapan cucu dengan Mohd Shafiq sebagai cucu sulung.

Menurut Zakaria, Ramlah tidak mengikutnya menunaikan haji disebabkan kurang sihat dan pernah menghidap sakit dalam perut dan melakukan pembedahan membuang ketumbuhan.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Lokal

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, yang dikaitkan dengan dakwaan insiden buli di sebuah sekolah di Papar, tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd