Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini.
Masjid At-Taqwa Mohon Maaf
Dalam satu kenyataan, pihak masjid menzahirkan rasa kesal terhadap insiden berkenaan dan memaklumkan bahawa perkara itu sedang diberi perhatian serius.
“Kami sedang mengenal pasti dan menyiasat dakwaan mengenai layanan kasar terhadap jemaah.
“Kami juga akan mengambil tindakan untuk memperbaiki (keadaan) supaya ianya tidak akan berlaku pada masa akan datang,” kata pihak pengurusan.
Terdahulu, orang ramai mendakwa beberapa kariah masjid berkenaan bertindak kasar terhadap jemaah, sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan komuniti setempat.
Artikel lain: Geng Curi Tabung Masjid Miliki Rekod Jenayah, Salah Seorang Positif Bahan Terlarang
Sementara itu, pihak pengurusan masjid turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas sokongan serta kepercayaan berterusan yang diberikan oleh kariah dan orang ramai terhadap institusi berkenaan.
Setakat ini, tiada butiran lanjut didedahkan mengenai hasil siasatan dalaman tersebut.
Sumber: FB Masjid At-Taqwa TTDI










































