Hadapi masalah kewangan menjadi punca kepada Syarikat penerbangan tambang murah MYAirline gantung operasi bermula hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut di laman Facebooknya, keputusan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
MYAirline gantung operasi
https://www.facebook.com/FlyMYAirline/posts/pfbid0QqckQYysUdXqvWwNsUBwkAj3D2bNgfKrrzPPWNSyMko5qinPt9vmWKwf8EfmBDdKl
Selain kekangan kewangan, penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu antara asbab pihaknya terpaksa membuat keputusan sukar tersebut.
Artikel lain: Astro Go Shop Hentikan Operasi Mulai 11 Oktober Ini
“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.
“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini.
“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” kata Ahli Lembaga Pengarah MYAirline.
Dalam pada itu, pihaknya turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan untuk sebarang masalah atau pertanyaa, pelanggan boleh menghubungi [email protected].
“Lembaga Pengarah, pemegang saham dan semua kakitangan MYAirline akan bekerja tanpa jemu untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini kami tidak dapat komited pada sebarang garis masa.
“Kami mengulangi permohonan maaf yang setulus-tulusnya atas sebarang kesulitan yang timbul daripada penggantungan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk memaklumkan sebarang kemas kini sekiranya ada,” ujarnya lagi.
Sumber: Facebook @MYAirlines