Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Manfaat Lebih 650,000 Pemegang Unit, ASM 3 Isytihar Agihan Pendapatan RM837.89 Juta

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) isytihar jumlah agihan pendapatan sebanyak RM837.89 juta untuk Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3), memanfaatkan sebanyak 650, 487 pemegang unit yang kini memiliki 17.64 bilion unit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2024.

Memetik laporan Harian Metro, agihan pendapatan 4.75 sen seunit itu mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12 bulan Maybank sebanyak 2.69 peratus pada 206 mata asas untuk tahun kewaangan sehingga 24 September 2024.

ASM 3 isytihar agihan pendapatan RM837.89 juta

ASM 3 Isytihar Agihan Pendapatan RM837.89 Juta

Foto: NST Online

Pendapatan untuk ASM 3 diperoleh daripada keuntungan yang direalisasikan, dividen dan sumber pendapatan lain daripada pelaburan domestik serta antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dana itu mencatatkan pendapatan realisasi bersih sebanyak RM820.32 juta, tahun ini. Dana itu mengekalkan strategi kepelbagaiannya, mengambil manfaat daripada peningkatan keyakinan dalam pasaran ekuiti tempatan dan trend positif dalam pasaran global, didorong oleh kemajuan dalam teknologi,” kata ASNB.

Artikel lain: Tiga Kali Ditolak, AirAsia Tidak Putus Asa Dapatkan Lesen Beroperasi Di Singapura

Dalam pada itu, pengiraan agihan pendapatan untuk ASM 3 adalah berdasarkan pada purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana itu.

ASM 3 Isytihar Agihan Pendapatan RM837.89 Juta

Foto: Astro Awani

“Agihan yang diisytiharkan oleh ASM 3 akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober 2024.
“Transaksi untuk ASM 3 di cawangan serta ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, digantung buat sementara waktu dari 28 hingga 30 September 2024,” tambah syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Pemegang unit boleh menyambung semula transaksi di portal myASNB (www.myasnb.com .my), atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan ASNB atau ejennya di seluruh negara mulai 1 Oktober 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika...

Nasional

Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada...

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Sosial

Doa seorang sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki, menjadi nyata apabila tular video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd