Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Majlis Polemik Sejarah Malaysia Ke-53 Rungkai Fakta Sejarah, Perkasa Warisan Dan Budaya Negara

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Majlis Polemik Sejarah Malaysia sesi ke-53 dalam usaha merungkai fakta sejarah yang masih menjadi polemik dalam masyarakat dan negara.

Ketua Setiausaha KPN, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata penganjuran Majlis Polemik Sejarah Malaysia telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam perkembangan bidang sejarah di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.

Majlis Polemik Sejarah Malaysia siri ke-53 rungkai fakta sejarah

Majlis Polemik Sejarah Malaysia

“Saya percaya, program pada hari ini sejajar dengan matlamat KPN dalam memperkasakan sejarah, warisan dan budaya negara di bawah agenda perpaduan nasional dengan matlamat menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan berhubung Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi Ke-53 di Menara DBKL, Kuala Lumpur pada hari ini.

Tema “Kampong Bharu, Kuala Lumpur: Warisan Sejarah atau Transformasi Masa Depan?”, dipilih untuk mengupas isu dan cabaran sistem keseimbangan antara pemeliharaan warisan sejarah dan kemajuan Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kelas Kabin Dan Sekolah Dua Sesi Antara Langkah Tangani Isu Sekolah Padat – KPM

“Isu keseimbangan antara pemeliharaan warisan sejarah dan kemajuan Kampong Bharu, Kuala Lumpur yang menjadi simbol sejarah ‘hidup’ di tengah-tengah kemodenan Bandaraya Kuala Lumpur perlu diperjelas dan diperhalusi kerana jika diambil mudah kelak bakal merugi dan mengeruhkan keharmonian masyarakat MADANI yang kita bentuk,” ujarnya.

Dalam pada itu, Arkib Negara Malaysia mengambil pendekatan total archives dalam memperoleh rekod dan sumber persendirian sama ada dari dalam mahupun luar negara sebagai strategi dan pendekatan untuk mengumpul rekod-rekod.

Sehingga kini, terdapat 2,500 rekod terdiri daripada rekod-rekod berbentuk fail, manuskrip, kartografi, pandang dengar, terbitan, surat khabar, majalah, kertas kerja daan personalia berkaitan Kampong Bharu, Kuala Lumpur terdapat di Arkib Negara Malaysia.

“Rekod-rekod yang bernilai kekal yang diwujudkan di jabatan dan agensi kerajaan perlu diserahkan dan dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia untuk disimpan kekal dan dipelihara.
“Ini penting agar generasi akan datang dapat merujuk kembali rekod yang telah diwujudkan hari ini. Dengan adanya rekod ini, penyelidikan dan pembuktian sesuatu sejarah negara akan lebih lengkap dan sempurna,” katanya.

Tambahnya, usaha yang dilaksanakan oleh Arkib Negara Malaysia dengan menganjurkan siri Polemik Sejarah Malaysia adalah seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan nilai ketelusan, integriti dan keterangkuman.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setiap perbincangan Sejarah hendaklah berlandaskan fakta yang sahih serta nilai-nilai ilmu yang tinggi. Program sebegini banyak memberi manfaat dan sumbangan kepada pengkaji sejarah mahupun pemegang taruh kepada isu-isu yang berkait rapat dengan sejarah.
“Program ini diharapkan agar dapat memberi pencerahan serta percambahan idea dari aspek naratif dan kesimpulan sejarah dalam menyelesaikan sesuatu isu yang timbul,” ujarnya.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok mencipta sejarah apabila menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh hanya lima bulan 10...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd