Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Mahu Kembangkan 7-Café, Untung Bersih 7-Eleven Malaysia Meningkat Kepada RM20.49 Juta

Untung bersih 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd meningkat 5.9 peratus kepada RM20.49 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024, daripada RM19.35 juta setahun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, peningkatan keuntungan bersih kedai serbaneka itu disokong oleh hasil yang lebih baik dan perbelanjan pentadbiran dan operasi lain yang lebih rendah.

Untung bersih 7-Eleven Malaysia meningkat kepada RM20.49 juta

Untung Bersih 7-Eleven Malaysia Meningkat

Foto: Berita Harian

Dalam pada itu, hasil suku tahunan meningkat 3.3 peratus kepada RM751.19 juta daripada RM727.98 juta pada suku sama 2023, kata pengendali kedai serbaneka itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia mengaitkan peningkatan itu kepada penambahan bersih 94 kedai baharu serta kesan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang mendorong perbelanjaan pengguna.

Sementara itu, bagi separuh pertama tahun kewangan 2024, jumlah keuntungan bersih kumpulan meningkat 10.1 peratus tahun ke tahun kepada RM33.33 juta, manakala hasil meningkat 3.8 peratus kepada RM1.436 bilion.

Untung Bersih 7-Eleven Malaysia Meningkat

Kumpulan itu berkata, perbelanjaan operasi meningkat 8.5 peratus kepada RM36 juta disebabkan pengembangan rangkaian kedainya yang mengakibatkan peningkatan susut nilai kedai dan perbelanjaan penyelenggaraan teknologi maklumat.

Menuju kehadapan, 7-Eleven berkata ia akan terus menumpukan kepada pengembangan format kedai 7-Café untuk meningkatkan penawaran produk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: e-Invois: Kutipan Cukai Boleh Cecah RM260 Bilion Menjelang 2025

Selain itu, kedai serbaneka itu juga akan menambah baik pengalaman pelanggan dalam kedai dan memacu pertumbuhan dalam kategori makanan segar.

Dengan pembukaan jumlah kedai 7-Café tertinggi pada suku kedua tahun kewangan 2024 sebanyak 79, kumpulan itu telah menembusi semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Untung Bersih 7-Eleven Malaysia Meningkat

“Usaha berterusan kami termasuk pelancaran berterusan 7- CAF di luar Lembah Klang, pengembangan yang disasarkan ke kawasan berpotensi tinggi dan membina perkongsian yang lebih kukuh dengan rakan sekutu dari Jepun untuk mengembangkan penawaran makanan segar, mengoptimumkan hasil pengeluaran komisaris melalui amalan terbaik dalam kecekapan operasi,” katanya.

Sekadar info, jumlah bilangan kedai 7-Eleven pada suku kedua tahun kewangan 2024 ialah 2,593.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd