Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Dia Tanya Pasal Adik Setiap Hari..”- Luah Bapa Selepas Tragedi Bekas Isteri Bunuh Anak

“Anak selalu tanya saya, lepas ni tak boleh tengok adik dah ka?”

Demikian luah seorang bapa yang kini berdepan detik paling sukar dalam hidupnya untuk memaklumkan kepada si abang bahawa adik perempuan yang amat dirindui itu telah pergi buat selama-lamanya.

Si abang tinggal dengan bapa

Menurut lelaki berusia lingkungan 30-an itu, setiap kali si abang bertanya tentang adik, dia hanya mampu menunjukkan gambar kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu untuk merawat sedikit rasa rindu.

bapa

Foto: BH

Si abang, tujuh tahun, masih trauma dan tidak banyak bercakap sejak tragedi malam 4 November lalu di sebuah rumah di Taman Perak, Kulim.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, ibu kepada dua beradik tersebut, seorang wanita berusia 30 tahun, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada kipas siling dalam bilik tidur.

Artikel lain: Bapa Reda Pemergian Anak, Namun Kesal Pemilik Ternakan Biar Haiwan Berkeliaran

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih memilukan, adik perempuannya pula ditemukan tidak bernyawa di atas tilam, dipercayai dibunuh terlebih dahulu oleh wanita berkenaan.

Si abang terselamat daripada cubaan menggantung diri apabila kain yang diikat pada lehernya terlucut ketika dia ditolak dari tangga aluminium oleh ibunya. Kanak-kanak itu kemudian berjaya melarikan diri sebelum meminta bantuan jiran.

Bapanya berkata, sejak kejadian, kanak-kanak lelaki itu kini berada sepenuhnya di bawah jagaannya dan diberi cuti sementara daripada persekolahan kerana keadaan emosinya masih tidak stabil.

bapa

Foto: BH

Katanya, sejak bercerai tiga tahun lalu, kedua-dua anak itu dijaga pengasuh 24 jam kerana dia dan bekas isterinya sibuk bekerja.

“Bekas isteri kerja kilang. Setiap hari saya ambil anak sulung dari sekolah, hantar ke rumah pengasuh. Hari kejadian, dia ambil kedua-duanya, dan saya hanya tahu selepas keluarga hubungi,” katanya

Menurutnya lagi, hubungan dengan bekas isteri selama ini baik sahaja dan mereka bergilir mengambil anak apabila berkesempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anaknya yang meninggal dunia digambarkan sebagai seorang yang manja dan sering meminta agar-agar setiap kali dia datang ke rumah ibunya.

Sementara itu, seorang penduduk kawasan berkata, kejadian itu disedari selepas jiran sebelah melihat kelibat wanita tersebut dalam keadaan tergantung melalui tingkap rumah.

Suami jiran berkenaan kemudian dipanggil untuk membuka pintu, sebelum kanak-kanak lelaki muncul sambil membawa kunci dan menyerahkannya kepada mereka.

bapa

Foto: Harian Metro

“Budak tu tak menangis. Kami tanya mana adik, dia cakap adik tidur, tapi dia dah cuba kejut, tak bangun,” ujanrya yang memaklumkan mereka tidak berani masuk sehingga polis tiba.

Menurut penduduk, wanita itu baru dua bulan berpindah ke kawasan berkenaan dan jarang bergaul kerana selalu bekerja.

Beberapa hari sebelum tragedi, jiran mendengar dia bertengkar dengan seseorang di luar pagar namun tidak menyangka ia petanda sesuatu yang buruk.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami terkejut bila tahu dia dan anaknya mati dalam rumah tu,” jelasnya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan memaklumkan, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Seramai 15 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Media sebelum ini melaporkan wanita berkenaan dipercayai bertindak sedemikian akibat tekanan emosi selepas kecewa dengan teman lelakinya yang didakwa menjalin hubungan dengan wanita lain.

Sumber: Berita Harian ( Zuliaty Zulkiffl)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd