Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Maut Dipercayai Jerut Leher Sendiri, Tertekan Bertengkar Dengan Isteri

Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di Bagan Ajam, Butterworth, jam lebih kurang 2 petang pada 4 September lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai, ACP Anuar Abd Rahman berkata, lelaki warganegara asing itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tapak letak kenderaan terpakai.

Foto: Berita Harian

“Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 19 tahun dijumpai dalam keadaan terbaring dimana leher dan badan terjerut oleh tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang kenderaan.
“Siasatan menunjukkan tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Anuar berkata, keterangan saksi mendapati lelaki itu baru datang dari Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah kedai cuci kereta lebih kurang tiga hari serta menghadapi menghadapi masalah dengan isterinya di kampung kerana sering mendengar pertengkaran semasa berhubung melalui telefon dan kelihatan mengalami tekanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bedah siasat yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan Foensik Hospital Seberang Jaya telah mengesahkan punca kematian adalah jerutan pada leher dan pemeriksaan pada tubuh badan dapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Penemuan mayat tersebut memberitahu kes disiasat sebagai mati mengejut,” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook IPD Seberang Perai Utara

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Dunia

Trump Perkenal Duti Baharu 10 Peratus! Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengumumkan beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus ke...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sukan

Bekas pemain Al Nassr, Shaye Sharahili, mendedahkan satu sisi luar biasa mengenai kapten pasukan itu, Cristiano Ronaldo, sepanjang beraksi di Arab Saudi yang nyata...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd