Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Ditemui 700 Meter Dari Lokasi Jatuh, Lemas Ketika Larikan Diri Daripada Polis

Tindakan seorang lelaki melarikan diri daripada polis ketika operasi tangkapan di Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, Kuala Selangor menjerat diri apabila dia ditemui lemas, semalam.

Menerusi laporan Buletin TV3, mangsa  yang berusia 43 tahun itu ditemui anggota bomba di dalam sungai pada jam 12.16 tengah hari, pada jarak kira-kira 700 meter dari lokasi dia terjatuh.

Foto sekadar hiasan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu dari polis jam 7.24 malam kelmarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

“Sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi.
“Menurut laporan awal, mangsa dipercayai lemas di dalam sungai ketika operasi tangkapan dilakukan polis.

Ketika dihubungi semalam, dia turut menjelaskan bahawa kerja-kerja pencarian kemudian dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Dalam pada itu, Mukhlis turut memberitahu bahawa mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Kehidupan Nur Faizah Khalid, 34, atau lebih dikenali sebagai Kakak Naga, berubah 360 darjah sejak namanya meledak di TikTok. Fenomena ini khususnya mendapat sambutan...

Nasional

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya remaja perempuan sindrom...

Lokal

Kecewa dengan layanan semasa menuntut di universiti dan tertekan dengan kehidupan di Malaysia menjadi punca seorang wanita warga asing mengamuk sehingga mencederakan beberapa individu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd