Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Leka Bermain Telefon Bimbit, Pempengaruh Kemalangan Ketika Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM1.27 Juta

Pempengaruh media sosial, Jack Doherty dilaporkan terbabit kemalangan ketika memandu sebuah kenderaan jenis McLaren 570S berharga AS$300,000 (RM1.27 juta) di Miami, Florida baru-baru ini.

Menerusi pengkongsian video yang tular di aplikasi X The Real World News Page, mengalami kemalangan ekoran daripada kelalaian pempengaruh itu sendiri yang leka bermain telefon bimbit dengan hanya memandu menggunakan sebelah tangan sahaja ketika melakukan penstriman langsung bersama rakannya, David pada hari hujan lebat.

“Boleh awak pegang (telefon bimbit) ini untuk saya? Oh kereta saya bro. Anda baik-baik saja?,” sambil merakam muka rakannya yang berlumuran darah. 

Foto: X Jack Doherty

Pempengaruh muda, berusia 19 tahun itu dilihat dilihat lebih merisaukan keadaan kenderaannya yang teruk remuk daripada bimbang akan keadaan dirinya yang kemalangan, lebih-lebih lagi nasib rakannya yang cedera di bahagian muka dan hidung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X true_blud

Dia meneruskan lagi “live streaming” videonya dan tidak menunjukkan sebarang tanda kekesalan akibat kemalangan yang berlaku atas sebab kecuaiannya terhadap rakannya.

Ekoran daripada rakaman yang tular tersebut, pelbagai reaksi yang tercetus dalam ruangan komentar yang rata-ratanya negatif terhadap sikap pempengaruh media sosial tersebut yang dianggap tidak matang dan melanggar etika peraturan jalan raya sewenang-wenangnya hanya kerana memenuhi kepuasannya dalam membuat konten untuk tular.

Memang sepatutnya diharamkan daripada memandu

Haramkan orang bodoh ini

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang menyatakan bahawa akaun streaming YouTube pempengaruh tersebut telah diharamkan oleh Kick Streaming daripada membuat sebarang liputan “live streaming” kerana membahayakan nyawa sendiri dan nyawa masyarakat lain di jalan raya serta menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat muda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Telah rasmi diharamkan

Telah diharamkan secara kekal dalam Kick!

Jack Doherty merupakan seorang pempengaruh media sosial yang memiliki 15 juta pengikut di YouTube, sbergelar jutawan pada usia 15 tahun dengan memperolehi hasil AS$882,000 (RM3.77 juta) melalui penstriman langsung dengan video tular miliknya.

Sumber: X @ayeejuju

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Nasional

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah...

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd