Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Spekulasi Lee Jong Suk Dan IU Berpisah? “Mereka Masih Bersama” – Sumber

Spekulasi Lee Jong Suk dan IU berpisah?

Penyanyi Korea Selatan, IU menjadi perhatian peminat apabila wujud spekulasi mengatakan hubungannya bersama pelakon kacak Lee Jong Suk kini sudah berakhir.

Spekulasi Lee Jong Suk dan IU berpisah?

Spekulasi Lee Jong Suk dan IU berpisah?

Foto: Allkpop

Memetik laporan OSEN, hubungan percintaan antara kedua-dua pasangan ini disahkan masih dalam keadaan baik dan telah memasuki tahun ketiga mereka bersama.

“IU dan Lee Jong Suk masih menjalinkan hubungan yang baik” kata sumber dalaman kepada OSEN sekali gus menafikan khabar angin perpisahan pasangan ini.

Terdahulu, pasangan ini memaklumkan kepada umum bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan cinta pada Disember 2022.

Bukan itu sahaja, Jong Suk juga dilihat menghadiri konsert IU dan kedua-duanya juga sering membuat kenyataan halus seperti memberi bayangan mengenai hubungan percintaan mereka dan masih belum berpisah.

Spekulasi Lee Jong Suk dan IU berpisah?

Bagaimanapun, IU dilaporkan dilihat menikmati makan malam di sebuah restoran mewah bersama V BTS pada lahirnya iaitu 16 Mei lalu. Spekualasi itu bertambah hangat apabila IU turut berkongsi gambar bersama rakan baiknya, Kang Hanna pada hari yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Lee Jong Suk Dipuji Tak Kekok Layan Peminat, Siap Beri ‘Merchandise’ Percuma

Dalam pada itu, peminat mendakwa kemungkinan perpisahan boleh berlaku kerana Lee Jong Suk sedang menjalankan penggambaran di luar negara dalam satu tempoh agak panjang namun perkara itu telah disahkan tidak benar dimana mereka berdua masih berjumpa walaupun dipenuhi dengan jadual kerja.

Untuk rekod, IU akan melancarkan album ketiganya ‘The 3rd Remake Album’ pada 27 Mei, manakala Lee Jong Suk pula bakal membintangi drama terbaru di tvN berjudul ‘Seochodong’ dan ‘The Remarried Empress.’

Sumber: Allkpop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Dunia

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Doha telah memaklumkan bahawa berlaku serangan di Qatar, dan menggesa semua rakyat Malaysia agar tidak keluar rumah atau bangunan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd