Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lagu Adele, Million Years Ago Ditarik Balik Daripada Platform Seluruh Dunia

Hakim di Brazil memerintahkan agar lagu Adele berjudul Million Years Ago ditarik balik daripada semua platform penstriman seluruh dunia, susulan dakwaan plagiat dikemukakan oleh komposer negara itu.

Memetik laporan The Guardian, injunksi itu telah mengancam anak syarikat Sony Music Entertainment di Brazil dan syarikat rakaman Adele iaitu Universal Music dengan denda AS$8,000 (kira-kira RM35,584) bagi setiap tindakan ketidakpatuhan.

Lagu Adele Diturunkan

Foto: The Hollywood

Bagaimanapun, syarikat rakaman tersebut masih boleh mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perintah itu dibuat oleh hakim Victor Torres pada Jumaat, di Mahkamah Komersial ke-6 Rio de Janeiro, Brazil sementara menunggu tindakan lanjut dalam kes plagiat tersebut.

Lagu Million Years Ago ditarik balik

Injunksi awalnya telah pun mengarahkan Sony Music Entertainment dan Universal Music untuk menghentikan segera dan secara global, daripada menggunakan, menghasilkan semula, menyunting, mengedar atau mengkomersialkan lagu ‘Million Years Ago’ dengan sebarang cara termasuk menerusi fizikal dan platform digital, penstriman atau perkongsian.

Peguam kepada komposer Brazil Toninho Geraes, Fredimio Trotta yang membawa aduan plagiat itu menyatakan, firmanya minggu ini akan berusaha untuk memastikan bahawa penyiar radio dan televisyen, dan perkhidmatan penstriman di seluruh dunia, maklum dengan keputusan mahkamah Brazil itu.

Lagu Adele Diturunkan

Foto: The Guardian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ciplak Lagu Klasik “Mulheres”

Menurut laporan Barron’s pula, Geraes mendakwa lagu Adele pada 2015 menciplak muzik samba klasiknya ‘Mulheres’ (Women) yang dirakam oleh penyanyi terkenal Brazil, Martinho da Vila dalam album terbitan 1995.

Geraes memfailkan saman bagi kehilangan royalti, ganti rugi moral AS$160,000 (kira-kira RM711,680) serta kredit penulisan di lagu Adele.

Lagu Adele Diturunkan

Foto: Carian Google

Dalam pada itu, Sony Music Entertainment Brazil berkata, belum ada sebarang kenyataan buat masa ini, manakala Universal Music Brazil tidak mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Adele Sahkan Perkahwinan? Tayang Cincin Kepada Peminat

Adele juga didakwa oleh peminat muzik Turkiye melakukan plagiat dalam lagu Million Years Ago pada 2015.

Mereka mendakwa lagu itu sama dengan lagu 1985 nyanyian Ahmet Kaya iaitu Acilara Tutunmak (Clinging To Pain).

Sumber: The Guardian, Barron’s 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd