Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kulit Album Menyerupai Al-Quran, Kumpulan K-Pop Kingdom Dikecam

Dahulu, K-Pop cumalah satu genre muzik niche namun sejak beberapa tahun yang lepas, ia menjadi antara genre muzik yang terbesar di dunia.

Memetik laporan hype, masih banyak kumpulan dan agensi K-Pop yang memandang remeh tentang budaya dan agama lain sehingga berlakunya penyesuaian budaya dan agama (cultural and religion appropriation) lalu menyebabkan kemarahan orang ramai.

Ketika genre ini baru dikenali dunia, berlaku kejadian yang mana terdapat kumpulan K-Pop memeluk seorang wanita Muslim ketika mengambil gambar bersama menyebabkan kumpulan tersebut dikecam orang ramai.

Beberapa minggu lalu pula, ketua kumpulan BTS iaitu RM turut mendapat kecaman kerana menyanyikan lagu ‘Bad Religion’ milik Frank Ocean kerana lagu tersebut mempunyai unsur Islamofobia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terbaru, kumpulan generasi keempat K-Pop, Kingdom, mengumumkan kemunculan semula dengan album baharu ‘History of Kingdom: Part VIII’ dan sudah pasti mengundang perasaan teruja dalam kalangan peminatnya.

Namun begitu, selepas agensi kumpulan tersebut ,GF Entertainment mengeluarkan butiran album mereka, ramai peminat Muslim menyedari bahawa kulit album tersebut menyerupai kitab suci Islam, al-Quran menyebabkan kemarahan orang ramai.

Kingdom terkenal dengan konsep diraja bagi setiap album yang mereka keluarkan. Contohnya, album mereka sebelum ini, ‘History of Kingdom: Part VI’ dipengaruhi oleh Maharaja Jepun, Jinmu.

Album mereka kali ini pula mengetengahkan Maharaja Mughal, Jahangir, seorang maharaja yang berasal dari India.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, disebabkan rekaan album yang menyerupai kitab suci, ramai peminat Muslim melemparkan kecaman kerana al-Quran digunakan dalam konsep kemunculan semula sedangkan Islam tidak menyokong konsep itu sama sekali.

Ramai peminat menghubungi agensi kumpulan itu dan menggesa rekaan album itu perlu diubah demi menghormati agama Islam. Tidak kurang juga yang menyuarakan ketidakpuasan hati kerana Islam seringkali ‘dipermainkan’ oleh segelintir pihak.

Peminat juga menyatakan bahawa hal itu hendaklah dipertanggungjawabkan kepada agensi tersebut dan bukan kepada ahli kumpulan Kingdom kerana bukan mereka yang menghasilkan konsep album tersebut.

Sejurus selepas mendapat teguran dan kecaman tersebut, GF Entertainment memadam muat naik berkenaan dan mengeluarkan kenyataan bahawa pre-order album tersebut terpaksa ditangguhkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak GF Entertainment juga mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian itu berlaku atas sebab kecuaian mereka sendiri. Oleh kerana itu, mereka akan membuang kesemua 70,000 salinan edisi pertama album tersebut dan menghasilkannya semula.

Pre-order album itu akan disambung semula pada 11 pagi pada 26 September. Agensi tersebut juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terluka atas kecuaian mereka.

Sumber: hype

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Sosial

Seorang lelaki yang dipercayai guru tampil memohon maaf melalui laman Facebook miliknya selepas menerima kritikan hebat susulan satu kenyataan yang dimuat naik berkaitan pelajar...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tergamak membunuh ibu dan abangnya serta mencederakan adiknya dalam kejadian menggemparkan di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd