Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KPT Gerakkan 878 Sukarelawan Dalam Misi Bantuan Pasca Banjir Di Utara

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) gerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir KPT melalui Briged Sukarelawan Institusi Pendidikan (IPT)  bagi beri kelegaan kepada mangsa-mangsa banjir terutama fasa pasca bencana ini.

Menerusi satu kenyataan, KPT berkata misi ini disokong dengan kekuatan 878 sukarelawan terdiri daripada staf dan pelajar mula digerakkan dalam menyantuni mangsa banjir.

KPT gerakkan 878 sukarelawan di Misi Bantuan Pasca Banjir di Utara

KPT Gerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir Di Utara

Foto: Harian Metro

Turut digerakkan adalah pelbagai aset milik IPT yang digunakan bagi memudahkan capaian ke lokasi yang terjejas meliputi dua bot, 24 bas, 6 lori, 15 van dan 17 kenderaan pacuan empat roda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPT juga menyediakan pelbagai kelengkapan tambahan, antaranya 56 unit waterjet, 4 buah waterpump, 3 tangki air dan 9 unit generator bagi melancarkan kerja pembersihan bangunan awam seperti sekolah dan premis di kawasan yang terjejas.

Artikel lain: Kempen Tabung Pahlawan Bantu Ringankan Beban Keluarga Veteran ATM – Khaled

Selain itu, perkhidmatan bantuan sokongan psikologi kepada mangsa yang terkesan secara individu mahupun berkelompok juga ditawarkan kepada mereka yang memerlukan.

KPT Gerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir Di Utara

Foto: The Sun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Kedah dan Pulau Pinang, misi bantuan ini akan turut dipanjangkan kepada semua kawasan banjir yang terjejas di negeri Perak dan Perlis dan bersedia menggerakkan di kawasan lain sekiranya diperlukan.

KPT berharap dengan usaha yang digerakkan ini dapat memberi kelegaan kepada mangsa-mangsa banjir serta seluruh warga Kementerian juga mendoakan agar mereka diberikan kekuatan menghadapi dugaan in

Bantuan ini adalah bukti KPT komited dalam memastikan mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri utara tanah air dibantu dengan penyampaian bantuan dapat disalurkan dengan lebih berkesan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Seorang kanak-kanak, Muhammad Yusof meninggal dunia secara mengejut dalam kejadian bulan lalu yang didakwa akibat kecuaian pihak klinik yang tidak dapat menyediakan bekalan oksigen...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd