Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Gariskan Lima Fokus Utama Sebagai Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggariskan lima fokus utama selari dengan matlamat dan hasrat yang dirangkumi dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Malaysa 2023-2025.

Menterinya Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, batu aras yang pertama sudah ada dan beliau bakal memacu gagasan tersebut selepas mantan Menteri KPT, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meletakkan kementerian di landasan yang tepat.

Zambry berkata di kementeriannya, kecemerlangan bukanlah satu pilihan namun ianya kemestian yang dicapai berbekalkan gerak kerja berstrategi.

“Oleh yang demikian, KPT akan memberi penekanan kepada lima fokus utama iaitu Penyediaan Bakat Terbaik Negara, Pengukuhan Penyelidikan & Inovasi, Pelaksanaan Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu.
“Selain itu, fokus utama KPT ialah Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi dan yang terakhir, Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di majlis Landasan Hala Tuju KPT 2024 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi mencapai fokus tersebut, KPT telah menggariskan 20 landasan hasil perbincangan dengan pelbagai pihak dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Antaranya adalah mengutamakan pembentukan “otak dan watak” sebagai esensi utama pendidikan yang merangkumi perkembangan ilmu, pembentukan karakter, pemurnian adab dan akhlak serta pengukuhan integriti.

Selain itu, anjakan paradigma pendidikan seharusnya seimbang di antara paksi teknologi yang mengutamakan pemerolehan kecekapan materialistik dan humanity-centric bagi menyemai nilai kemanusiaan.

Dalam pada itu, KPT turut menggariskan kemenjadian pelajar dan mahasiswa bagi memastikan bakat yang dilahirkan bukan sahaja berpendidikan tinggi, namun juga berkemahiran holistik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Zambry turut menyatakan beliau bersama-sama Timbalan Menteri KPT, Datuk Mustapha Sakmud akan turun padang untuk melihat situasi sebenar di peringkat institusi dan mendengar keluhan daripada pelajar sendiri.

“Atas konteks itu, saya akan menganjurkan Jerayawara Kampus Madani ke seluruh negara sama ada ke IPTS, IPTA, Politeknik dan juga Kolej Komuniti.
“Pelbagai program akan direncana dan kesemua kumpulan komuniti institusi akan saya raikan dalam jelajah ini,” ujar beliau.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd