Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Pegawai Berdepan Tatatertib Jika Langgar SOP – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai penyiasat dan penyelia sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran prosedur dalam kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir.

Pegawai berdepan tatertib jika langgar SOP dalam kes Zara Qairina

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan dalaman kini sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bersama sebuah pasukan khas yang ditubuhkan khusus bagi menyemak semula perjalanan kes berkenaan.

zara qairina

Foto: Buletin TV3

Artikel lain: Guru Mengaku Tidak Bersalah Dakwa Zara Qairina Dimasukkan Dalam Mesin Basuh

“Kita menjalankan siasatan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP). Jika terdapat pelanggaran, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang terbabit.
“Saya juga telah mengarahkan Pengarah JIPS untuk menilai isu ini dari sudut tatatertib dan mengambil langkah bersesuaian bergantung kepada tahap pelanggaran yang dikenal pasti,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kelewatan permohonan bedah siasat pada peringkat awal dikenal pasti sebagai antara punca berlaku ketidakpatuhan SOP dalam kes tersebut.

Susulan itu, JIPS Bukit Aman telah mengambil keterangan beberapa pegawai kanan termasuk Ketua Polis Daerah berpangkat Superintendan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) berpangkat Asisten Superintendan serta pegawai penyiasat berpangkat Inspektor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

zara qairina

Menurut Mohd Khalid, hasil siasatan dalaman yang dijalankan akan menentukan bentuk tindakan selanjutnya sama ada dari segi undang-undang mahupun tatatertib.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu, selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira jam 4 pagi, 16 Julai.

Sumber: Malaysia Gazette 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd