Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Jatuh Jambatan Pulau Pinang: Isteri Dedah Suami Alami Gangguan Mistik

Isteri kepada mangsa lemas akibat jatuh daripada jambatan Pulau Pinang, Nurul Natasha Amyra Ishak memberitahu suaminya seolah-olah memberi banyak petanda sebelum meninggal dunia.

Memetik laporan Harian Metor, Nurul berkata, Allahyarham Elmi Nur Zamani Aizat Abdul Azim sempat berpesan untuk tidak memberikan anak-anak kepada orang lain sekiranya dia sudah tiada.

Alami gangguan mistik

jatuh jambatan pulau pinang Alami gangguan mistik

“Beberapa minggu lalu suami berpesan supaya tidak sesekali beri anak kepada orang lain jika dia tiada dan mahu saya jaga sendiri.
“Arwah tunjuk banyak petanda mahu ‘pergi’ tetapi kami yang tidak sedar,” kata Nurul, di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.

Dalam pada itu, dia memaklumkan sebelum kejadian arwah sempat memberitahu untuk ke kedai dobi bagi mencuci pakaian sebelum menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan insiden berkenaan.

“Saya hanya tahu dia cuci baju selepas bungkusan pakaian itu ditemukan di atas jambatan semasa kejadian.
“Saya terima panggilan pada jam 7 malam daripada rakan suami namun saya cuba bertenang sehinggalah saya dihubungi polis yang memaklumkan operasi pencariannya,” jelasnya.

Sementara itu, Nurul tidak menafikan bahawa fikirannya sedikit terganggu akibat komen netizen di media sosial dan menegaskan mereka berdua tiada perselisihan faham namun mengakui suaminya mengalami gangguan berunsur mistik sejak beberapa minggu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebelum ini kami tinggal di Bagan Serai dan dia sudah mengalami gangguan di rumah itu. Arwah beritahu ada ramai orang mencarinya dan dia tidak tahu hendak ke mana.
“Saya pula tidak mahu percaya kerana takut jatuh syirik namun kerana bimbang ia akan mengganggu dua anak, kami ambil keputusan berpindah ke rumah ibu di Bertam.
“Minggu lalu saya ikut suami ke Kuala Lumpur bagi mencari kerja, ketika melepasi Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan, dia secara tiba-tiba berhentikan kereta di jalan raya sebelum mengadu sakit kepala dan menghentak kepalanya beberapa kali,” kongsinya.

Bercerita lanjut, dia meminta suami untuk terus memandu dan berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Taiping sebelum ia meracau.

Katanya, Elmi dibawa ke Hospital Taiping dengan menaiki ambulans sebelum dipindah ke Hospital Seberang Jaya atas permintaan keluarga.

“Sudah banyak kali dia beri bayangan mahu ‘pergi’ dan beritahu bahawa dia sudah tidak lama di dunia ini malah tidak pernah mengajak saya beli pakaian bayi kami yang bakal lahir.
“Dia beritahu ‘baba akan jumpa baby dulu di alam sana, sebelum mama jumpa (selepas lahir)’,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa dikenali sebagai Rina, 46, berkata, kali terakhir dia berbual menerusi panggilan video dengan anak sulung dari enam beradik itu kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin dan arwah beritahu yang dia menyayangi ibunya.

“Arwah minta supaya saya tidak risau dan dia hidup gembira bersama keluarga kecilnya selain minta saya jaga diri kerana dia sudah hendak ‘pergi’ dan saya sangka dia hanya mahu ke dobi untuk cuci baju.
“Pakaian yang ditemukan di tempat kejadian juga masih berbau wangi, mungkin dia baharu balik dari dobi.
“Saya minta orang ramai hentikan sebarang cerita tidak benar, mereka pasangan bahagia dan jika ada perselisihan faham kecil itu perkara biasa,” luahnya.

Artikel lain: “Alhamdulillah, Mayat Sudah Dijumpai” – Isteri Lelaki Terjatuh Dari Jambatan Pulau Pinang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan mengenai penemuan mayat selepas mangsa dilaporkan terjatuh di Kilometer 2.8 jambatan berkenaan, kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira lapan kilometer dari tempat mangsa dipercayai jatuh.

Difahamkan, mangsa ditemui meninggal dunia setelah dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, kelmarin, sebelum mayat ditemukan di Jeti Pelayaran berhampiran Pangkalan Weld, di sini, jam 9.35 pagi hari ini.

Sumber: Harian Metro (Zuhainy Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Lokal

Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan. Kejadian yang berlaku di...

Sosial

Tular kisah seorang lelaki dikenali sebagai Syed yang mendakwa dirinya ditipu selepas berkahwin dengan wanita bergelar isteri orang.Namun kini, suami pertama wanita terbabit, Baki,...

Lokal

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) mendedahkan tahap kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan pelajar sekolah pondok di Kelantan masih rendah, hasil pemantauan dan program turun...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd