Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Setuju Tawar Diskaun Tol 50% Sempena Tahun Baharu Cina

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025 dengan perbelanjaan pampasan kepada Syarikat Konsesi Tol berjumlah RM20.08 juta.

Diskaun tol 50% bagi kenderaan kelas 1

Diskaun Tol 50%

Foto: Facebook Alexander Nanta Linggi

Menerusi satu kenyataan, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, diskaun tersebut akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 hingga 11.59 malam 28 Januari 2025 bagi kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol, kecuali di plaza tol sempadan negara.

 ‘’Pemberian ini merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah sekian kalinya diberikan oleh Kerajaan MADANI bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023.

Diskaun Tol 50%

Foto: Carian Google

Advertisement. Scroll to continue reading.
‘’Pengumuman saya sebelum ini berkenaan pemberian tol percuma musim perayaan yang sepatutnya berakhir pada perayaan Krismas 2024 adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 20 Disember 2024.

Artikel lain: Kerajaan Pertimbang Tol Percuma Secara Bersasar – PM Anwar

‘’Bagaimanapun, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 selaras dengan agenda Kerajaan MADANI..
“…dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang didukung oleh kedudukan kewangan Kerajaan yang kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan perdagangan,’’ katanya hari ini.

Sementara itu, pengguna lebuh raya digalakkan memanfaatkan diskaun ini dengan merancang perjalanan dengan baik bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Pihak berkuasa menggalakkan pengguna jalan raya memuat turun aplikasi MYPLUS-TTA untuk mendapatkan cadangan jadual waktu perjalanan dan meningkatkan keselamatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Sosial

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak. Bapa terpaksa...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Lokal

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Klang pada Rabu selepas mengaku bersalah membunuh dan membakar kekasihnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd